10 individu gagal cabar dasar vaksinasi Covid-19 di mahkamah

May 30, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan 10 individu untuk semakan kehakiman di Mahkamah Timbang Tara berhubung penggubalan dasar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Individu terbabit, termasuk waris yang didakwa tidak berpuas hati dengan suntikan vaksin Covid-19, gagal mendaftarkan award semakan kehakiman yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Timbang Tara.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, yang menolak permohonan semua pemohon itu selepas berpuas hati bahawa Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award tersebut, lapor Bernama.

Award semakan kehakiman itu berkaitan tindakan undang-undang yang akan diambil 10 individu terbabit bagi mencabar keputusan kerajaan menggubal dasar PICK.

Mereka mendakwa, pelaksanaan PICK menyebabkan kematian (yang memohon melalui waris si mati), kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan diskriminasi terhadap mereka yang menolak suntikan.

Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar, yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita, Amarjeet turut mencadangkan supaya pihaknya mengemukakan permohonan semakan kehakiman secara terus ke Mahkamah Tinggi mengikut prosedur yang betul.

Dalam permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 30 Mac lepas, kesemua pemohon memohon perintah mahkamah untuk diberi kebebasan memasukkan dan mendaftarkan award semakan kehakiman bertarikh 3 Mac 2022 yang diberikan oleh Mahkamah Timbang Tara untuk difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka juga memohon untuk diberi kebebasan bagi memasukkan tuntutan dalam permohonan semakan kehakiman dan menyenaraikan nama responden-responden dalam permohonan mereka.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Mohamad Zainuddin berkata pada 3 Mac lepas, kesemua pemohon telah mendapat ex-parte award dari Mahkamah Timbang Tara Kuala Lumpur.

Katanya mahkamah itu mengarahkan supaya award permohonan semakan kehakiman hendaklah difailkan dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam masa 30 hari dari tarikh ex-parte award.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok