WHO lulus dua lagi ubat rawat Covid

January 14, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meluluskan dua jenis lagi ubat bagi merawat Covid-19, sekali gus menambah ‘senjata’ baharu bersama-sama vaksin bagi mengelak jangkitan teruk dan kematian akibat virus itu.

Berita baharu itu menyusul tatkala kes Omicron memenuhi hospital di seluruh dunia, dengan WHO meramalkan separuh daripada Eropah akan dijangkiti Covid-19 menjelang Mac depan.

Dalam cadangan menerusi jurnal perubatan British, The BMJ, pakar WHO berkata ubat baricitinib arthritis Eli Lilly, boleh digunakan bersama kortikosteroid untuk merawat pesakit Covid-19 yang teruk atau kritikal, membawa kepada kadar kelangsungan hidup yang lebih baik dan mengurangkan keperluan kepada alat bantuan pernafasan.

Pakar juga mengesyorkan rawatan antibodi sintetik Sotrovimab – keluaran GlaxoSmithKline dan Vir Biotechnology – untuk mereka yang menghidap Covid-19 yang tidak serius dan berisiko tinggi dimasukkan ke hospital, seperti warga emas, orang yang mengalami kekurangan imun atau penyakit kronik seperti diabetes.

Faedah Sotrovimab untuk individu yang tidak berisiko dimasukkan ke hospital dianggap tidak penting, namun WHO berkata keberkesanannya terhadap varian baharu seperti Omicron masih tidak dapat dipastikan.

Hanya tiga rawatan lain untuk Covid-19 telah mendapat kelulusan WHO, bermula dengan kortikosteroid untuk pesakit yang sakit teruk pada September 2020.

Kortikosteroid adalah murah dan boleh didapati secara meluas dan melawan keradangan yang biasanya mengiringi kes Covid-19 yang teruk.

Ubat arthritis tocilizumab dan sarilumab, yang disahkan oleh WHO pada bulan Julai, adalah perencat IL-6 yang menyekat tindak balas berbahaya sistem imun terhadap virus Covid-19.

Baricitinib berada dalam kelas ubat yang berbeza yang dikenali sebagai perencat Janus kinase, tetapi ia berada di bawah garis panduan yang sama seperti perencat IL-6.

“Apabila kedua-duanya tersedia, pilih satu berdasarkan isu termasuk kos dan pengalaman doktor,” kata garis panduan itu.

Rawatan antibodi sintetik Regeneron telah diluluskan oleh WHO pada September dan garis panduan mengatakan Sotrovimab boleh digunakan untuk jenis pesakit yang sama.

Cadangan rawatan Covid-19 WHO dikemas kini secara berkala berdasarkan data baharu daripada ujian klinikal. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok