Wakil antarabangsa Rohingya ditembak mati di kem pelarian

October 1, 2021 · Dunia

Seorang wakil antarabangsa etnik pelarian Rohingya ditembak mati di sebuah kem di Bangladesh oleh lelaki bersenjata yang tidak dapat dikenal pasti pada lewat Rabu, kata polis.

Mohibullah, yang berusia 40-an, adalah seorang guru yang muncul sebagai pemimpin utama pelarian Rohingya dan jurucakap yang mewakili kumpulan etnik Muslim dalam beberapa pertemuan antarabangsa.

Dia pernah mengunjungi White House pada 2019 untuk mengadakan pertemuan mengenai kebebasan beragama dengan Presiden Donald Trump ketika itu dan berbincang mengenai penderitaan dan penganiayaan yang dihadapi etnik Rohingya di Myanmar.

Pada tahun yang sama, dia dikritik hebat oleh media Bangladesh setelah memimpin perhimpunan besar-besaran 200,000 pelarian untuk memperingati ulang tahun kedua tindakan keras tentera Myanmar yang menyebabkan sekitar 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh.

Penyerang yang tidak dikenali menembak Mohibullah di kem pelarian Kutupalong di Ukhiya di daerah Cox’s Bazar, kata Naimul Haque, komander Batalion Polis Bersenjata di Cox’s Bazar. Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dan tidak jelas siapa yang berada di belakang serangan itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia berkata Mohibullah adalah individu penting bagi masyarakat Rohingya.

“Dia selalu mempertahankan hak-hak Rohingya untuk kembali hidup aman dan bermartabat. Pembunuhannya adalah risiko yang dihadapi oleh mereka yang menyuarakan kebebasan dan menentang keganasan,” kata Meenakshi Ganguly, pengarah kumpulan hak asasi Asia Selatan, dalam satu kenyataan.

“Kematian Mohibullah tidak melemahkan perjuangan etnik Rohingya untuk mendapatkan hak dan perlindungan yang lebih baik di kem pelarian, tetapi juga keinginan mereka untuk kembali ke rumah masing-masing di Myanmar dengan selamat. Pihak berkuasa Bangladesh perlu segera menyiasat pembunuhan Mohibullah dan beberapa serangan lain di kem itu,” katanya.

Amnesty International mengecam pembunuhan itu dan mendesak pihak berkuasa Bangladesh dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk bekerjasama memastikan perlindungan pelarian di kem itu terjamin.

“Keganasan di kem pelarian di Cox’s Bazaar telah menjadi masalah yang semakin meningkat,” kata Saad Hammadi, jurucakap Amnesty International Asia Selatan.

“Kumpulan bersenjata yang menjadi kartel dadah telah membunuh orang ramai dan menahan tebusan. Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera untuk mencegah pertumpahan darah berterusan,” katanya.

Secara keseluruhan, Bangladesh melindungi lebih dari 1.1 juta pelarian Rohingya dari Myanmar. – Agensi

Berita berkaitan
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
SPRM tahan dua pegawai kedutaan Malaysia di Bangladesh, beku akaun
April 20, 2023· Isu semasa
PRU-15: JPN lapor polis dakwaan warga Bangladesh dapat MyKad
October 25, 2022· Isu semasa
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok