Varian Delta: CDC gesa rakyat Amerika pakai semula pelitup muka

July 28, 2021 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyat negara itu, terutama yang tinggal di kawasan di mana berlaku peningkatan kes Covid-19, memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun mereka telah divaksin sepenuhnya.

Memetik maklumat baharu mengenai kemampuan varian Delta menjangkiti individu yang telah divaksin, CDC hari ini juga mencadangkan pemakaian pelitup muka oleh guru, kakitangan, pelajar dan pelawat di sekolah tanpa mengira status vaksinasi.

“Di kawasan yang penularannya tinggi, CDC mencadangkan orang ramai yang telah menerima vaksin sepenuhnya memakai pelitup muka di tempat awam, di dalam ruang tertutup bagi membantu mencegah penyebaran varian Delta dan melindungi orang lain,” kata Pengarah CDC Rochelle Walensky

Secara purata, AS melaporkan 57,000 jangkitan Covid-19 sehari dan 24,000 daripadanya menerima rawatan di hospital, sementara pegawai kesihatan sejak beberapa minggu lalu telah memberi amaran jangkitan virus itu semakin meningkat, terutama di negeri yang kadar vaksinasinya rendah.

Walensky menekankan bahawa sebahagian besar jangkitan baharu, kemasukan ke hospital dan kematian berlaku di kalangan individu yang tidak divaksin, mereka yang menerima dua dos suntikan masih mempunyai kemampuan untuk menyebarkan virus kepada orang lain.

“Dengan penularan varian Delta, rakyat Amerika mesti diberi vaksin dengan seberapa segera yang boleh,” katanya.

Peningkatan kes baharu di AS muncul setelah peraturan pemakaian pelitup muka dan beberapa sekatan kesihatan yang lain dilonggarkan, sementara restoran, bar dan tempat lain dibuka semula di tengah-tengah peningkatan kadar vaksinasi penduduknya.

Bagaimanapun, cadangan CDC itu tidak menjadi peraturan wajib malah ramai rakyat Amerika, terutama di negeri yang dikuasai Republikan, tidak akan mematuhinya.

Presiden Joe Biden yang menyambut baik cadangan daripada CDC itu menyifatkannya sebagai satu lagi langkah untuk mengalahkan virus Covid-19.

“Saya harap rakyat Amerika yang tinggal di kawasan yang dinyatakan oleh CDC akan mematuhi peraturan itu,” kata Biden sambil menambah bahawa pemakaian pelitup muka akan menyusahkan pelajar, tetapi ia akan membolehkan mereka belajar bersama rakan sekelas dengan perlindungan terbaik.

“Yang paling penting, pengumuman hari ini juga menjelaskan bahawa perlindungan terpenting yang kita ada terhadap varian Delta adalah mendapatkan vaksin. Walaupun kebanyakan orang dewasa AS divaksin, terlalu banyak yang belum. Walaupun kita melihat peningkatan vaksinasi dalam beberapa hari terakhir, kita masih perlu melakukan yang lebih baik,” kata Biden.

Pada April, program vaksinasi AS melonjak tinggi sehingga agensi itu melonggarkan garis panduan terhadap pemakaian pelitup muka di ruang tertutup, sementara pada Mei, peraturan itu dimansuhkan bagi individu yang telah menerima sepenuhnya vaksin, sekali gus membenarkan mereka tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Di AS, 60 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin sepenuhnya, sementara 69 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan, kata CDC.

Namun jutaan lagi belum divaksin dan peningkatan kes yang berlaku di negara itu sekarang lebih banyak tertumpu di negeri yang vaksinasinya lebih rendah, seperti di Florida. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok