Ukraine yakin Russia tak serang

January 26, 2022 · Dunia

Pemimpin Ukraine yakin pencerobohan jirannya, Russia, tidak akan berlaku walaupun mengakui wujud ancaman nyata disebalik tindakan Kremlin menempatkan kira-kira 100,000 tentera di sempadan negaranya.

Kenyataan itu dibuat bagi mengendurkan ketegangan yang menyusul setelah Ukraine menerima peralatan senjata daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Eropah bagi mempertahankan negara itu daripada diserang.

Moscow menafikan merancang serangan, walaupun telah menempatkan tenteranya di sempadan dengan Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sedang mengadakan latihan ketenteraan di beberapa lokasi di Russia.

Tindakan itu menyebabkan AS dan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tergesa-gesa bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang.

Beberapa pusingan pertemuan diplomasi gagal membuahkan sebarang kejayaan, dan ketegangan semakin memuncak minggu ini apabila NATO berkata mereka sedang meningkatkan pertahanan di rantau Laut Baltik, manakala AS pula meletakkan 8,500 anggota tentera pada tahap berjaga-jaga kerana mungkin akan ditempatkan di Eropah sebagai sebahagian daripada pasukan tindak balas.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson juga berkata beliau bersedia menghantar tentera untuk melindungi sekutu NATO di Eropah.

AS dan sekutunya telah berikrar untuk mengenakan Russia dengan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini jika Moscow menghantar tenteranya ke Ukraine.

Jabatan Negara AS sebelum ini telah mengarahkan keluarga semua kakitangan di kedutaannya di Kyiv untuk meninggalkan negara itu, manakala Britain dan Kanada juga mengambil langkah sama.

Bagaimanapun, pemimpin Ukraine berusaha memastikan keamanan dan mengelakkan rakyatnya menjadi panik, namun ramai yang yakin Russia akan melakukan pencerobohan.

Menteri Pertahanan Ukraine Oleksii Reznikov berkata sehingga kini tiada alasan untuk mempercayai bahawa Russia sedang bersiap sedia untuk menyerang.

“Jangan bimbang, kita boleh tidur lena. Tidak perlu untuk mengemaskan beg anda,” katanya.

Kenyataan Reznikov menyusul beberapa jaminan diberikan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai lain. Pada Isnin, Zelenskyy memberitahu bahawa keadaan negara adalah terkawal.

Bagaimanapun, Reznikov mengakui bahawa “terdapat senario berisiko pada masa depan.” – AP

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok