Thailand ‘tutup’ 10 wilayah, perintah berkurung 9 malam ke atas mulai Isnin

July 10, 2021 · Dunia

Thailand akan mengenakan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ di ibu kotanya, Bangkok dan sembilan wilayah lain mulai Isnin ini susulan lonjakan kes baharu Covid-19, kata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pada Jumaat.

Penduduk Bangkok dan wilayah berdekatan dengannya – Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Samut Sakhon – serta penduduk di wilayah Selatan Thailand – Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala – dinasihatkan untuk tinggal di rumah mulai Isnin ini dan hanya keluar untuk tujuan penting sahaja.

Jurucakap CCSA Apisamai Srirangsan berkata perintah berkurung dikuatkuasakan antara jam 9 malam hingga 4 pagi di 10 wilayah sebagai tindakan mengetatkan lagi sekatan di kawasan berisiko tinggi.

“Bagaimanapun penduduk boleh keluar jika berlaku kecemasan, kerja atau mendapatkan khidmat kesihatan,” katanya.

Institusi pendidikan di semua wilayah terbabit diteruskan menerusi program pembelajaran dalam talian, katanya sambil menambah pusat pemeriksan dan rondaan akan ditubuhkan oleh pasukan keselamatan bagi memastikan pergerakan orang ramai dapat diminimumkan.

Bagi Bangkok dan wilayah sekitarnya, kedai dan pasar perlu ditutup dari jam 8 malam hingga 4 pagi. Pemerintah juga mengarahkan penutupan sementara pusat beli-belah dan pasar utama komuniti di enam wilayah, kecuali pasar raya dan farmasi, restoran dan kafe, bank, serta kawasan yang ditentukan untuk program vaksinasi kebangsaan.

“Tempat makan boleh dibuka sehingga jam 8 malam tetapi perlu ditekankan bahawa tempat-tempat ini tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan makan malam atau minuman beralkohol. Hanya perkhidmatan bawa pulang yang akan dibenarkan.

“Tempat yang dilaporkan terdedah kepada jangkitan perlu ditutup. Ini termasuk perniagaan urut dan spa serta pusat kecantikan,” kata Apisamai.

Mulai Isnin ini, sektor awam dan swasta di Bangkok dan wilayah berdekatan diwajibkan untuk melaksanakan peraturan kerja dari rumah secara maksimum sementara perkhidmatan pengangkutan awam akan dihadkan. Perhimpunan sosial juga akan terhad kepada lima orang di semua kawasan itu.

Pada Jumaat, CCSA melaporkan kes baharu jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 9,276 kes di mana Bangkok sahaja mencatatkan 4,754 kes aiatu 51 peratus daripada keseluruhan jangkitan.

Jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu kini mencecah 317,506 individu dengan 2,534 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok