Thailand rekod 15 kes baharu Covid-19 libatkan pelancong asing

November 10, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesahkan terdapat 15 kes baharu Covid-19 melibatkan kalangan pelancong asing yang masuk ke negara itu.

Kes tersebut dikesan selepas seminggu Thailand membuka kembali sempadan antarabangsanya kepada pelancong asing bermula 1 November lalu.

Melalui data dari Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thailand mengesan 15 kes tersebut melalui ujian saringan yang dijalankan semasa ketibaan.

Sejak 6 November lalu, terdapat lebih 90,000 pelancong memohon visa untuk memasuki Thailand dan hanya 34,000 daripadanya diluluskan.

Pada hari pertama sempadan dibuka kembali pada 1 November lalu, lebih 20,000 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun dan Korea tiba di Thailand.

Thailand membuka kembali sempadan antarabangsanya kepada pelancong asing dari 60 buah negara dalam usaha untuk meningkatkan semula sektor ekonominya yang kebanyakannya bergantung kepada industri pelancongan.

Manakala di bawah pengawalan peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Thailand mewajibkan pelancong asing untuk memohon visa dan menunjukkan sijil vaksinasi sah apabila ingin memasuki negara itu.

Bagi pelancong asing yang tidak lengkap divaksin, mereka wajib menjalani kuarantin sehingga 10 hari sebelum dibenarkan masuk ke negara itu.

Sementara itu, Thailand hari ini merekodkan 6,978 kes baharu dan 62 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kumulatif kes di negara itu hampir mencecah sehingga 2 juta kes dengan kes kematian semakin menghampiri angka 20,000. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok