Thailand catat kes tertinggi Covid-19 dua hari berturut-turut

July 22, 2021 · Dunia

Thailand hari ini, melaporkan sebanyak 13,655 kes jangkitan baharu Covid-19 dan merupakan catatan tertinggi harian bagi dua hari berturut-turut yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 453,132 kes.

Pasukan petugas khas Covid-19 Thailand juga melaporkan terdapat 87 pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 3,697.

Thailand kini berdepan penularan Covid-19 di seluruh wilayahnya sehingga mendorong jangkitan baharu dan kematian melonjak ke paras tertinggi setiap hari.

Semalam, Ketua Institut Vaksin Kebangsaan Nakorn Premsri meminta maaf atas kelewatan pemberian vaksin Covid-19 dan memaklumkan Thailand akan bergabung dengan program COVAX di bawah sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima bekalan vaksin yang akan disumbangkan mulai tahun depan.

“Kami meminta maaf kepada orang ramai bahawa Institut Vaksin Nasional belum berjaya mendapatkan sejumlah vaksin yang sesuai untuk keadaan ini, walaupun kami telah berusaha sebaik mungkin.

“Mutasi varian Delta ini adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan dan menyebabkan penyebaran yang lebih cepat daripada varian lain pada tahun lalu. Usaha bagi mendapatkan bekalan vaksin amat sukar dengan situasi sekarang,” katanya.

Nakorn memaklumkan bahawa Thailand sedang dalam proses untuk bergabung dengan COVAX dan pihaknya berharap agar negara itu dapat menerima vaksin tambahan itu pada suku pertama 2022.

Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak menyertai program COVAX.

Sejak Februari lalu, Thailand telah dikategorikan sebagai negara berpendapatan sederhana dan negara itu akan mendapat vaksin percuma atau murah daripada program tersebut.

Jurucakap kerajaan, Anucha Buraphachaisri memberitahu pembelian vaksin secara langsung dari pengilang adalah pilihan yang tepat kerana harganya lebih fleksibel.

Penjelasan itu dilakukan setelah Thailand membeli vaksin Sinovac yang diimport dari China dengan harga yang tinggi.

Namun begitu, Thailand merancang untuk memberikan 100 juta suntikan pada tahun ini dan telah menempah 105.5 juta dos dari beberapa syarikat.

Kerajaan Thailand telah menempah 61 juta dos vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Siam Bioscience iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh raja Thailand, serta 19.5 juta dos dari Sinovac, 20 juta dos dari Pfizer-BioNTech dan 5 juta dos dari Johnson & Johnson.

Bagaimanapun, Siam Bioscience memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat memberikan sepenuhnya vaksin yang ditempah itu kerana masalah pengeluaran sehingga Mei 2022.

Thailand telah memberikan 14.8 juta dos vaksin dan kira-kira hampir 11.3 juta orang atau 16 peratus daripada 69 juta penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok