Thailand catat 13,816 kes baharu

April 26, 2022 · Dunia

Thailand belum boleh mengisytiharkan Covid-19 sebagai penyakit endemik kerana negara itu masih berisiko tercetusnya gelombang baharu, kata Dekan Fakulti Perubatan Universiti Mahidol, Dr Prasit Watanapa.

Kira-kira dua tahun dalam pandemik, semua orang mahu melihat penamat penularan virus itu tetapi penyakit itu masih belum boleh diisytiharkan sebagai endemik, katanya ketika sesi Facebook Live Hospital Siriraj.

Beliau berkata virus itu masih boleh mencetuskan wabak baharu dan program pemberian vaksin mesti diteruskan, bagi mengurangkan kes teruk dan kematian.

“Ini adalah titik kritikal. Beberapa negara masih memerangi jangkitan,” katanya, ketika kerajaan itu mula melonggarkan sekatan perjalanan.

“Langkah-langkah untuk merangsang ekonomi dan membawa masuk wang boleh membawa kembali Covid-19. Jadi, kita mesti mengurangkan risiko dengan memberi tumpuan kepada pencegahan dan rawatan.

“Adalah yang terbaik untuk memberi vaksin kepada orang dan memberi penggalak untuk perlindungan penuh,” katanya.

Kementerian Kesihatan Awam (PHM) Thailand hari ini melaporkan sebanyak 13,816 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam hari ini, termasuk 57 kes import.

PHM juga memaklumkan seramai 120 pesakit juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 hari ini.

Negara itu kini mencatat kumulatif positif sebanyak 4,194,684 kes, dengan 3,999,541 pesakit telah pulih, 167,124 masih dirawat di hospital, dan 28,019 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok