Tentera Laut AS rampas ribuan senjata cuba diseludup ke Yaman

May 10, 2021 · Dunia

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merampas beribu-ribu senjata tempur, termasuk mesingan dan raifal penembak hendap yang disembunyikan di atas sebuah kapal di Laut Arab, yang sedang menuju ke Yaman.

Kapal pelancar peluru berpandu USS Monterey daripada armada kelima AS berpangkalan di Bahrain, menemukan senjata di atas sebuah kapal layar tradisional ketika melakukan operasi di utara Laut Arab bermula Khamis.

Seorang pegawai pertahanan AS mengatakan senjata itu menyerupai penghantaran sebelumnya yang telah dipintas sebelum sempat dihantar kepada pemberontak Houthi di Yaman.

Siasatan awal Tentera Laut AS mendapati kapal layar itu datang dari Iran, lapor AP.

Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak memberi kenyataan berhubung rampasan itu, namun Teheran sebelum ini pernah menolak tuduhan membekalkan senjata kepada pemberontah Houthi.

Antara yang dirampas termasuk 3,000 raifal jenis 56 buatan China.

Dalam operasi itu Tentera Laut AS merampas hampir 3,000 raifal 56 buatan China – versi Kalashnikov. Mereka juga menemukan ratusan mesingan dan raifal penembak hendap, selain puluhan peluru berpandu antikereta kebal buatan Russia.

Penghantaran yang dirampas turut merangkumi ratusan pelancar bom tangan dan teropong optik untuk senjata.

Anggota tentera yang menaiki kapal layar itu menemui seua senjata berkenaan yang kebanyakannya dibungkus dengan plastik hijau, di bawah geladak.

Rampasan itu adalah antara yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika perang Yaman terus berlanjutan. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Bapa pukul anak didakwa miliki parang
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok