Tentera Filipina sahkan 47 anggota terbunuh nahas pesawat

July 5, 2021 · Dunia

Angkatan Tentera Filipina (AFP) mengesahkan 47 anggotanya, termasuk orang awam, maut dalam nahas pesawat C-130 tentera udaranya ketika mendarat di lapangan terbang Jolo di wilayah Sulu, Mindanao, semalam.

Pesawat itu membawa sekumpulan 91 anggota tentera yang dikerah untuk memerangi kumpulan pemisah Islam di Mindanao. Tragedi itu adalah yang terburuk bagi pasukan tentera udara Filipina.

Panglima Bersama Angkatan Bersenjata Filipina, Jeneral Cirilito Sobejana berkata semua 96 penumpang pesawat itu sudah dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 49 daripada mereka diselamatkan tetapi cedera.

Pesawat itu dikatakan mengelunsur merempuh kebun kelapa di luar lapangan terbang Jolo dan beberapa anggota tentera sempat melompat keluar daripada pesawat sebelum ia meletup dan terbakar.

Tiga penduduk kampung yang berada di dalam kebun kelapa itu turut terbunuh.

Pesawat Lockheed C-130 Hercules yang diserahkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) kepada Filipina, membawa 91 anggota tentera pelbagai pangkat, tiga juruterbang dan lima anak kapal. Juruterbang pesawat dilaporkan selamat tetapi cedera parah.

Pesawat itu dalam perjalanan memindah sepasukan anggota tentera – kebanyakannya baharu menamatkan latihan asas – dari bandar Cagayan de Oro di utara Mindanao untuk ditempatkan di Sulu.

Tidak pasti apa yang menyebabkan kemalangan itu, tetapi komander tentera wilayah, Leftenan Jeneral Corleto Vinluan menolak andaian pesawat itu terkena tembakan kumpulan pemisah. – Agensi

Berita berkaitan
Amaran taufan Doksuri di timur laut Sandakan
July 24, 2023· Isu semasa
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
42 terbunuh banjir di Filipina
October 29, 2022· Dunia
Pemimpin Abu Sayyaf ditembak mati
October 9, 2022· Dunia
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok