Tentera China beri amaran empangan Yihetan bakal runtuh bila-bila masa

July 21, 2021 · Dunia

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) memberi amaran sebuah empangan di tengah wilayah Henan ‘akan runtuh bila-bila masa’ setelah mengalami kerosakan teruk dalam ribut kuat yang membunuh sekurang-kurangnya 12 penduduk dan memaksa ribuan yang lain dipindahkan.

Badan kaji cuaca Henan dan Zhengzhou menaikkan amaran kecemasan hujan lebat ke tahap paling tinggi, dengan ramalan keadaan akan bertambah buruk sehingga Rabu.

Ribut kuat melanda wilayah Henan sejak Sabtu lalu, di luar daripada musim hujan yang biasa berlaku, menyebabkan banyak tebing sungai runtuh, dan banjir di beberapa bandar.

Badan kaji cuaca Zhengzhou mengatakan bahawa hujan yang berlaku adalah tertinggi direkodkan dalam tempoh 60 tahun dengan hanya tiga hari sahaja ia menyamai kadar hujan setahun.

Dalam tempoh semalaman, pihak berkuasa memberi amaran banjir telah menyebabkan retakan sepanjang 20 meter empangan Yihetan di Luoyang – bandar dengan anggaran penduduk sebanyak tujuh juta orang – dengan risiko ‘akan runtuh bila-bila masa’.

Pemerintah Pusat PLA berkata mereka telah menghantar tentera sebagai tindakan kecemasan termasuk untuk mengalihkan banjir dari kawasan padat penduduk.

“Pada 20 Julai, retakan sepanjang 20 meter berlaku di empangan Yihetan… tebing sungai mengalami kerosakan teruk dan empangan tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa,” kata PLA dalam satu kenyataan.

Wilayah itu yang merupakan pusat bagi Kuil Shaolin dan banyak tempat budaya lain, adalah salah satu kawasan terpadat di China dan merupakan pangkalan utama bagi industri dan sektor pertanian.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan 12 penduduk maut apabila rumah runtuh di Zhengzhou, sementara sebuah substesen bekalan elektrik terpaksa ditutup akibat banjir. – Agensi

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok