
Jerman memansuhkan kuarantin wajib bagi semua individu yang positif Covid-19 mulai 1 Mei 2022, kecuali bagi kakitangan perubatan. - Gambar agensi
Mereka yang dijangkiti Covid-19 di Jerman kini hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari, kata Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach pada Selasa.
Sebelum ini mereka yang dijangkiti perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, lapor Bernama.
Menurut Lauterbach, kuarantin wajib hanya terpakai kepada mereka yang dijangkiti tidak termasuk kontak rapat, lapor Xinhua.
Kes Covid-19 di Jerman pada Selasa terus menunjukkan trend penurunan iaitu 632.2 jangkitan bagi setiap 100,000 rakyat manakala jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam turun kepada 113,522.