Tak perlu pakai pelitup muka, penjarakan sosial kata CDC Amerika

May 14, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah besar untuk kembali kepada keadaan normal sebelum Covid-19 apabila agensi perlindungan kesihatan negara itu mengeluarkan panduan baharu yang membenarkan individu – yang telah menerima sepenuhnya vaksin – tidak perlu melaksanakan penjarakan sosial dan tidak perlu memakai pelitup muka.

Presiden AS, Joe Biden sedang bermesyuarat bersama senator Republikan di Rumah Putih ketika peraturan baharu itu diumumkan, dan semua mereka yang hadir membuka pelitup muka masing-masing.

Biden dan semua senator adalah antara 35.8 peratus rakyat Amerika yang sudah menerima sepenuhnya suntikan vaksin Covid-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam mengemaskini panduan yang dikeluarkannya sebelum ini menyatakan individu yang telah menerima sepenuhnya suntikan vaksin Covid-19 tidak perlu lagi memakai pelitup muka atau melaksanakan penjarakan sosial sama ada ketika berada di luar atau di dalam rumah.

Bagaimanapun, CDC berkata arahan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial perlu dipatuhi jika ia ditetapkan undang-undang di mana peraturan itu dikenakan, termasuk di premis perniagaan atau tempat kerja.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky ketika taklimat di Rumah Putih berkata sesiapa sahaja yang sudah menerima suntikan penuh vaksin boleh mengambil bahagian di dalam atau di luar tanpa memakai pelitup muka atau penjarakan sosial.

“Jika anda telah melengkapkan suntikan, anda boleh melakukan apa yang sebelum ini anda tidak boleh apabila pandemik Covid-19 melanda,” katanya.

Individu yang telah melengkapkan vaksinasi juga dibenar meneruskan perjalanan domestik dan tidak perlu melakukan ujian sebelum atau selepas atau dikenakan kuarantin.

Bagaimanapun, jika keluar negara, mereka tetap tertakluk kepada peraturan negara yang dituju, tetapi tidak perlu melakukan ujian sebelum meninggalkan atau mengkuarantin diri mereka setelah pulang.

CDC juga berkata, semua pelancong tetap dikehendaki memakai pelitup muka ketika dalam perjalanan sama ada menggunakan pesawat, bas, kereta api atau pengangkutan awam lain di AS. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok