SpaceX bawa empat angkasawan selamat mendarat

November 9, 2021 · Dunia

Empat angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di bumi menggunakan kapsul SpaceX, menurut siaran langsung Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Kapal angkasa dengan jolokan Dragon itu mendarat di Teluk Mexico di luar pantai Florida pada jam 10.33 malam tadi menggunakan empat payung besar, sekali gus mengakhiri misi Crew-2.

Pengimejan video terma inframerah masa nyata merakamkan kelibat kapsul yang bergaris-garis seperti meteor melalui langit malam di Teluk beberapa minit sebelum mendarat.

Didorong oleh satu penyalaan terakhir pendorong roket, kapsul itu memasuki semula atmosfera pada kira-kira 17,000 batu sejam (27,359ksj) untuk terjun bebas ke arah lautan, di mana komunikasi kru hilang selama beberapa minit.

Sebuah bot mengambil kapsul itu dan angkasawan di atas kapal dibawa ke darat menggunakan helikopter.

Dua angkasawan NASA dalam penerbangan itu – juruterbang Megan McArthur, 50, dan komander misi Shane Kimbrough, 54 – adalah yang pertama keluar dari kapsul berkenaan. Mereka diikuti oleh rakan kru Jepun, Akihiko Hoshide, 52, dan rakan pakar misi Thomas Pesquet, 43, seorang jurutera Perancis dari Agensi Angkasa Eropah.

Sejak 24 April lalu, mereka menjalankan beratus-ratus eksperimen selain membantu menarik taraf panel solar stesen berkenaan.

Menurut NASA, kapsul Crew Dragon yang digelar Endeavour berlepas dari ISS pada jam 2.05 petang.

Endeavour kemudian berputar sekitar ISS selama kira-kira sejam setengah bagi merakamkan gambar, menjadi misi pertama kapsul itu sejak kapal angkasa Soyuz Russia melakukan gerakan serupa pada tahun 2018.

Kapsul Dragon mempunyai tingkap bulat kecil di bahagian atas hadapannya membolehkan angkasawan menghalakan kamera bagi merakamkan permukaan planet.

Ia turut mampu merekodkan perubahan planet disebabkan aktiviti manusia dan kejadian semula jadi, serta kajian cacing untuk memahami perubahan kesihatan manusia di angkasa.

Kelewatan pendaratan Crew-2 disebabkan angin kencang tetapi disifatkan NASA sebagai ‘isu kecil’ namun melewatkan misi seterusnya, iaitu Crew-3 yang akan dilancarkan pada Rabu.

Misi itu akan disertai tiga angkasawan iaitu dua warga Russia dan seorang Amerika.

SpaceX mula mengangkut angkasawan ke ISS pada tahun 2020, sekali gus menamatkan sembilan tahun pergantungan Amerika Syarikat (AS) terhadap roket Russia berikutan tamatnya program Space Shuttle.

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
China rancang siapkan stesen angkasa dengan misi Shenzhou-14
June 5, 2022· Dunia
Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi
May 16, 2022· Dunia
Russia umum tarik diri dari program Stesen Angkasa Antarabangsa
April 30, 2022· Dunia
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Negara Islam kecam India atas kenyataan hina Nabi Muhammad
June 7, 2022
Sri Lanka berdepan muflis, mungkir bayar hutang: Agensi penarafan
April 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok