Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi

May 16, 2022 · Dunia

Elon Musk, pengasas firma penerokaan angkasa lepas SpaceX dan ketua eksekutif syarikat kereta elektrik paling berharga di dunia Tesla berjanji untuk melawat Indonesia pada November selepas bertemu dengan presiden negara itu baru-baru ini.

Kerajaan Indonesia membuat tawaran kepada Musk untuk melabur di negara itu dan mengambil bahagian dalam reka bentuk besarnya untuk memanfaatkan rizab nikelnya yang besar bagi membangunkan industri bateri elektrik bertaraf dunia.

Pada Sabtu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) melawat Musk di Starbase, kemudahan pengeluaran roket SpaceX, tapak ujian, dan pelabuhan angkasa di Boca Chica, Texas dan menjemputnya datang ke Indonesia.

Musk menunjukkan minatnya untuk bekerjasama dengan Indonesia pada masa depan yang dilihatnya mempunyai “potensi besar” dalam membangunkan Tesla dan SpaceX.

Indonesia pada 2020 menawarkan SpaceX untuk membangunkan pelabuhan angkasa di negara tropika itu.

Biak di Papua Barat dan Morotai di Ambon adalah dua lokasi yang berpotensi untuk dijadikan tapak peluncuran ke angkasa kerana terletak sangat dekat dengan khatulistiwa.

Kedudukan itu akan membantu roket mencapai halaju awal yang lebih tinggi dan membawa muatan yang lebih berat.

Syarikat angkasa lepas itu juga sudah melancarkan satelit Merah Putih ke orbit bagi syarikat telekomunikasi milik kerajaan, Telkom Indonesia.

Musk turut menyebut jumlah penduduk Indonesia yang ramai dan pertumbuhan ekonomi yang konsisten sebagai faktor yang membuatkan beliau berminat untuk bekerjasama dengan Indonesia.

Tesla sangat agresif dalam mendapatkan nikel untuk membekalkan bateri kenderaan elektriknya.

Pada 2021, syarikat kereta elektrik itu menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat perlombongan nikel Australia BHP untuk mendapatkan nikel daripada aset lombong Nickel West di Australia Barat.

Terdahulu semasa lawatan ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempelawa pelabur dan ahli perniagaan AS untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Beliau mengalu-alukan mereka, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka, iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik.

“Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya dipetik laporan media.

Ismail Sabri semasa lawatannya ke Amerika baru-baru ini menemui Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC).

Penubuhan AS-ABC pada 1984 mewakili 170 perniagaan utama Amerika di Asia Tenggara.

Untuk rekod, Musk setakat ini tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pelawaan Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok