Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan

June 28, 2022 · Dunia

Singapura melaporkan jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi (28 Jun) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan dengan merekodkan 11,504 kes, termasuk 772 kes import.

Terdapat satu kematian hari ini, menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 sejak awal 2020 lalu kepada 1,410 kes.

Kes cenderung meningkat pada Selasa, dengan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sebelum ini merujuk kepada corak sedemikian, menulis di Facebook pada Oktober 2021 bahawa angka akan “sentiasa meningkat selepas hujung minggu”.

Seramai 437 pesakit berada di hospital, menurut statistik jangkitan terkini di laman sesawang Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

Data menunjukkan 36 pesakit memerlukan bantuan oksigen, manakala sembilan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Antara kes tempatan yang dilaporkan pada Selasa, 9,989 diuji menggunakan ujian pantas antigen (ART) dan telah dinilai doktor mempunyai simptom ringan dan berisiko rendah, kata MOH.

Baki 743 kes Covid-19 tempatan disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

Nisbah jangkitan minggu ke minggu ialah 1.62. Angka di atas satu menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baharu semakin meningkat.

Nisbah jangkitan minggu ke minggu itu telah melebihi satu sejak 14 Jun lalu.

Sejak wabak Covid melanda, Singapura telah merekodkan 1,425,171 kes positif.

Sehingga Isnin, 96 peratus penduduk Singapura yang layak telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi kebangsaan.

Kira-kira 78 peratus daripada jumlah penduduk telah menerima suntikan dos penggalak mereka. – CNA

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok