Singapura catat lonjakan kes baharu Covid-19

September 23, 2021 · Dunia

Singapura hari ini merekodkan 1,457 kes baharu akibat Covid-19 dengan 1,277 daripadanya melibatkan jangkitan dalam komuniti, 176 di asrama pekerja migran dan empat kes import.

Ini merupakan kes harian tertinggi dikesan dalam tempoh 24 jam sejak penularan varian Delta dan merupakan tertinggi sejak 20 April 2020, iaitu sebanyak 1,426 kes.

Republik itu juga melaporkan tiga kematian baharu, melibatkan penduduk tempatan, menjadikan angka korban akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 68 orang.

Salah satu daripada korban membabitkan seorang lelaki berumur 50 tahun, disahkan positif Covid-19 dan sudah menerima rawatan pada 13 September lalu.

Menurut data, mangsa didapati belum menerima suntikan vaksin dan merupakan kematian termuda yang direkodkan sejak penularan varian Delta.

Melalui data dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan terdapat 1,083 kes yang kini dirawat di hospital dengan 145 kes serius memerlukan bantuan oksigen, dan 19 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, sejak 28 hari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan daripada 14,412 individu dijangkiti, 97.9 peratus daripadanya tidak mengalami sebarang gejala ataupun gejala ringan, 1.8 peratus pula memerlukan bantuan oksigen dan 0.2 peratus memerlukan rawatan di ICU dan 0.08 peratus melibatkan kematian.

Sehingga semalam, kumulatif kes di Republik itu telah mencecah sebanyak 81,356 kes dengan 9,198 kes aktif yang dilaporkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok