Singapura catat 2,553 kes baharu Covid-19 semalam, enam kematian

October 19, 2021 · Dunia

Singapura merekodkan 2,553 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 150,731 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), 2,008 daripada jangkitan itu membabitkan komuniti, 544 di kawasan kediaman pekerja asing dan satu kes import.

MOH dalam kenyataannya berkata daripada jumlah kes komuniti, 359 melibatkan individu berumur 60 tahun ke atas.

Dalam tempoh sama enam pesakit Covid-19 berumur antara 78 dan 93 tahun meninggal dunia menjadikan keseluruhannya 239 kematian dilaporkan sehingga semalam, kata MOH.

“Yang meninggal adalah empat lelaki dan dua wanita. Empat tidak divaksin, seorang lengkap divaksin, manakala seorang lagi menerima satu suntikan vaksin Covid-19,” kata MOH.

Daripada keseluruhan yang meninggal dunia sejak 28 hari lalu, 25.5 peratus adalah individu lengkap divaksin, dan selebihnya sama ada belum lengkap divaksin atau tiada langsung vaksinasi.

Sehingga semalam, seramai 15,132 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,209 di pusat komuniti dan 858 di pusat rawatan Covid-19.

Terdapat 1,714 pesakit Covid-19 di hospital, meningkat berbanding 1,651 kes pada Ahad, dengan 337 memerlukan bantuan oksigen, sementara 67 pesakit dirawat di unit rawatan rapi. – ST

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok