Piala Super UEFA milik Chelsea

August 12, 2021 · Dunia

Kepa Arrizabalaga menjadi hero Chelsea apabila menampan dua sepakan penalti, ketika The Blues menundukkan kelab Villarreal dari Sepanyol setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam final Piala Super UEFA, di Belfast awal pagi tadi.

Penjaga gol asal Sepanyol yang beraksi buat kelab Inggeris itu dimasukkan pada lewat permainan masa tambahan, menampan sepakan penalti pertahanan Villareal, Aissa Mandi dan pemain tengah, Raul Albiol.

Terdahulu The Blues mendahului pada minit 27 menerusi pemain tengah Hakim Ziyech yang tidak dikawal di kawasan penalti, sebelum menyentuh bola ke gawang Villarreal dengan sepakan kaki kiri.

Ziyech bagaimanapun dikeluarkan setelah mengalami kecederaan pada bahu dan digantikan Christian Pulisic.

Villarreal bagaimanapun menyamakan jaringan pada minit ke-52 menjadikan kedudukan terikat sehingga tamat permainan.

Sebelum separuh kedua masa tambahan berakhir, Ketua Jurulatih Chelsea Thomas Tuchel menggantikan penjaga gol dengan memasukkan Kepa sebagai strategi berdepan sepakan penalti.

The Blues pernah memenangi tropi sama pada 1998 setelah menundukkan Real Madrid 1-0 di Monaco. Namun, terlepas piala itu pada 2012, 2013 dan 2019. – Agensi

Berita berkaitan
UEFA buang pasukan bola sepak Rusia daripada pertandingan
May 3, 2022· Dunia
12 kelab ternama tarik diri daripada UEFA, anjur Liga Super
April 19, 2021· Dunia
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok