UEFA buang pasukan bola sepak Rusia daripada pertandingan

May 3, 2022 · Dunia

Pasukan bola sepak Rusia sudah ditendang keluar daripada Kejohanan Eropah Wanita, Liga Juara-Juara dan pusingan kelayakan Piala Dunia Wanita 2023 oleh badan bola sepak Eropah, UEFA.

Tindakan terbaharu sekatan tersebut ekoran kemelut perang Rusia ke atas Ukraine yang tiada penghujung selepas FIFA dan UEFA sebelum ini juga mengambil tindakan sama menggantung pasukan kebangsaan dan kelab Rusia pada bulan Februari daripada pertandingan antarabangsa, termasuk pusingan kalah mati kelayakan Piala Dunia.

Keputusan tersebut diambil kerana negara-negara di seluruh Eropah enggan bermain dalam perlawanan menentang Rusia.

Untuk rekod, Kesatuan Bola Sepak Rusia ketika ini sedang dalam rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan dan berkemungkinan juga akan membuat rayuan terhadap keputusan terbaharu diambil UEFA tersebut.

UEFA berkata Portugal akan mengambil tempat Rusia dalam Euro Wanita 2022 yang dianjurkan England pada Julai.

Rusia layak sebelum ini selepas menewaskan Portugal dalam pusingan penentuan kalah mati.

Selain itu, slot pemenang liga Liga Perdana Rusia Zenit St. Petersburg dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara juga akan digantik dengan kelab yang menjuarai Liga Scotland, menurut senarai penyertaan yang diperuntukkan UEFA yang dikemas kini.

Rusia juga tidak akan memasuki penyertaan dalam Liga Europa musim depan dan Liga Persidangan Europa.

UEFA berkata jawatankuasa eksekutifnya mengambil keputusan terkini untuk “memastikan pementasan perlawanan lancar dalam persekitaran yang selamat dan terjamin untuk semua yang terlibat.”

Berita berkaitan
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022· Dunia
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok