12 kelab ternama tarik diri daripada UEFA, anjur Liga Super

April 19, 2021 · Dunia

Dua belas kelab elit Inggeris, Sepanyol dan Itali mengambil tindakan dramatik berpisah daripada badan induk bola sepak Eropah – Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) – dan mengumumkan pembentukan Liga Super (SL).

Kelab berkenaan ialah Arsenal; Chelsea; Liverpool; Manchester City; Manchester United; Tottenham; AC Milan; Inter Milan; Juventus; Atletico Madrid; Barcelona; dan Real Madrid.

Dalam kenyataan hari ini, semua kelab berkenaan bersetuju meninggalkan struktur Liga Juara-Juara yang dikendalikan UEFA, walaupun sudah diberi amaran mereka mungkin boleh diketepikan daripada liga tempatan dan berdepan tindakan undang-undang.

Langkah itu dibuat setelah kelab yang menentang rancangan UEFA menyambung Liga Juara-Juara sehingga 2024, memungkiri janji, sebaliknya memberi sokongan kepada UEFA.

Presiden Real Madrid Florentino Perez akan menjadi pengasas liga baharu yang dirancang akan diadakan secepat mungkin.

JP Morgan – penyedia perkhidmatan perbankan dan kewangan Amerika Syarikat yang berpangkalan di New York – dalam kenyataan berkenaan, mereka akan membiayai liga itu.

Liga Super akan menggunakan format pertandingan merangkumi 20 kelab yang mengambil bahagian dengan 15 kelab pengasas dan akan ada mekanisme untuk lima pasukan lagi yang layak setiap tahun berdasarkan prestasi mereka pada musim bola sepak sebelumnya.

Pertandingan akan bermula di dalam dua kumpulan yang setiap satu disertai 10 pasukan, di mana tiga pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.

Pasukan yang menduduki tempat keempat dan kelima akan bermain dalam aksi kalah mati untuk melengkapkan senarai lapan pasukan terakhir.

Sementara itu, UEFA memberi amaran kepada kelab yang dikaitkan dengan Liga Super bahawa mereka akan berdepan penggantungan daripada saingan domestik dan antarabangsa jika menyertai saingan yang akan mencabar Liga Juara-Juara itu.

Dalam satu kenyataan bersama – persekutuan bola sepak Sepanyol, England, Itali dan UEFA berkata, mereka akan memikirkan ‘semua ukuran’ termasuk tindakan mahkamah sekiranya kelab merancang untuk mengadakan kejohanan berasingan.

“Kelab mungkin akan digantung daripada bermain dalam mana-mana kejohanan domestik, Eropah atau peringkat dunia dan pemain mereka boleh dinafikan peluang beraksi mewakili pasukan kebangsaan di Piala Dunia,” kata UEFA.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pula memberi amaran mana-mana pemain yang terbabit dalam Liga Super itu boleh diharamkan daripada menyertai Piala Dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Disindir cium tangan PM, Ahmad Faizal nasihat Asyraf jauhi pemimpin rasuah
June 15, 2022· Politik
Bimbang diambil tindakan, KBS cadang FAM guna beberapa stadium semasa hujan
June 13, 2022· Isu semasa
Qatar benarkan peminat Israel masuk semasa Piala Dunia
June 10, 2022· Dunia
Rogol: Polis tahan pemain bola sepak
May 31, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok