Perancis temui varian baharu Covid-19, IHU

January 5, 2022 · Dunia

Penyelidik di Perancis menemui varian baharu Covid-19 yang dikatakan memiliki 46 mutasi, tatkala dunia masih bergelut membendung penularan varian Omicron.

Portal Independent melaporkan varian baharu tersebut dikenal pasti sebagai IHU iaitu B.1.640.2 dan sehingga kini sudah menjangkiti 12 individu di Marseilles, tenggara negara itu.

Kes pertama daripada varian baharu itu dikaitkan dengan seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat.

Bagaimanapun, pakar segera memaklumkan hanya kerana varian itu baharu ditemukan, ia tidak bermakna IHU akan terbukti menular dengan pantas seperti varian lain, termasuk Omicron.

Hasil kajian, laporan itu mengenal pasti 46 mutasi tersebut tidak dikesan di negara lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melabelkannya sebagai varian masih dalam siasatan.

Selain itu, laporan diterima menyatakan individu yang disahkan positif dijangkiti IHU Covid-19 itu sudah lengkap divaksin selepas pulang dari perjalanan tiga hari ke Cameroon.

“Pengesanan seterusnya dilaksanakan di mana tiga mutasi dalam gen spike untuk mengkaji varian itu, dan hasil penemuan awal mendapati ianya tidak sepadan dengan corak varian Delta dan varian lain yang terbabit dalam semua jangkitan SARS-CoV-2 pada ketika ini,” jelasnya.

Kemungkinan penemuan varian baharu itu akan menekankan kepada kepentingan ‘pengawasan genom’ dan melalui pemerhatian menunjukkan ‘tidak dapat diramalkan sekiranya terdapat kemunculan varian baharu SARS-CoV-2’.

Dalam satu ciapan di Twitter, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding menyatakan varian baharu ini sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh menjangkiti atau berbahaya.

“Banyak varian baharu ditemui setiap masa, namun ia tidak semestinya akan menjadi lebih bahaya.

“Apa yang menjadikan sesuatu varian baharu itu lebih terkenal dan berbahaya ialah kebolehannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berbanding dengan virus asal,” tambahnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok