Pengganas wanita serang ibu pejabat polis di Jakarta ditembak mati

March 31, 2021 · Dunia

Polis menembak mati seorang wanita disyaki pengganas yang menyerang Markas Besar Kepolisian (Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia) di Jakarta, menggunakan senjata api, hari ini.

Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo berkata, suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira jam 4.30 petang tadi dan disyaki membawa senjata api.

“Suspek memasuki melalui pintu masuk belakang Mabes Polri, kemudian melepaskan empat tembakan di satu pos kawalan Mabes Polri, dan dua das tembakan kepada anggota polis di kawasan berkenaan. Anggota polis kemudiannya bertindak menembak suspek, ” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati suspek, berinitial ‘ZA’ berasal dari Ciracas, Jakarta Timur, berideologi fahaman pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (Daesh), dan merupakan bekas mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Yang bersangkutan adalah tersangka atau pelaku ‘lone wolf’ yang berideologi radikal ISIS.

“(Hasil siasatan awal) (suspek) juga melakukan hantaran di akaun Instagramnya dalam tempoh 21 jam lepas, yang memuat turun bendera Daesh, selain itu di aplikasi ‘WhatsApp Group’ keluarganya, suspek juga mengucapkan pamit (selamat tinggal),” katanya.

Menurut Listyo, sehingga kini sebanyak 23 suspek pengganas ditahan di beberapa kota di Indonesia termasuk lima di Jakarta. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok