Pandemik masih jauh untuk berakhir: WHO

April 13, 2021 · Dunia

Kekeliruan dan rasa puas hati dalam menangani Covid-19 memberi petanda bahawa pandemik itu masih jauh untuk berakhir, tetapi ia dapat dikendalikan dalam beberapa bulan dengan langkah-langkah kesihatan awam yang berkesan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kami juga ingin melihat masyarakat, ekonomi, pergerakan dan perdagangan kembali seperti sedia kala. Tetapi sekarang, unit rawatan rapi di banyak negara dibanjiri pesakit dan ramai yang mati.

“Pandemik Covid-19 masih jauh daripada akan berakhir. Tetapi kita mempunyai banyak alasan untuk menjadi optimis,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, penurunan kes dan kematian selama dua bulan pertama tahun ini menunjukkan bahawa virus ini dan variannya dapat dihentikan.

Tedros berkata, di beberapa negara, walaupun jangkitan terus meningkat, restoran, kelab dan pasar terbuka penuh sesak dengan hanya beberapa orang sahaja yang mengambil langkah berjaga-jaga.

“Sesetengahnya dilihat mengambil pendekatan bahawa jika mereka masih muda, tidak masalah jika mereka dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan penularan Covid-19 didorong oleh rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengambil langkah-langkah kesihatan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok