Moderna bakal hasilkan vaksin Omicron

December 3, 2021 · Dunia

Pengeluar vaksin Covid-19, Moderna sedang berusaha untuk menghasilkan dos penggalak khusus terutamanya bagi melawan varian Omicron.

Presiden Moderna, Stephen Hoge memaklumkan pihaknya yakin dengan pengambilan dos penggalak, ianya dapat mensasarkan kepada mutasi dalam varian Omicron yang baharu dikesan itu.

Jelasnya, penghasilan vaksin khusus ini merupakan tindakan terpantas untuk menangani keadaan semasa dari menjadi bertambah teruk dan dapat meningkatkan keberkesanan vaksin.

Moderna kini sudah memulakan program penghasilannya, termasuk penyediaan dos penggalak bagi empat jenis varian lain secara khusus.

Tetapi, Hoge memaklumkan proses penghasilan vaksin itu akan mengambil tempoh dalam tiga atau empat bulan, memandangkan peraturan awal daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang memerlukan ujian klinikal terperinci pada peringkat pertengahan proses tersebut.

Kini, pihaknya sedang melakukan persediaan rapi untuk memfailkan kelulusan daripada AS sekurang-kurangnya awal Mac tahun depan.

Tambahnya lagi, FDA akan menilai dengan lebih terperinci mengenai ancaman perlindungan vaksin yang berpunca daripada varian baharu itu, Omicron. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok