Legenda Brazil, Ronaldo disahkan positif Covid-19

January 3, 2022 · Dunia

Ronaldo, pemenang Piala Dunia dua kali, tidak dapat menyertai sambutan ulang tahun ke-101 Cruzeiro, kelab Brazil kepunyaannya, selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Bintang bola sepak berusia 45 tahun itu hanya mengalami gejala ringan tetapi akan berehat dan menjalani kuarantin diri selaras dengan protokol kesihatan, kata Cruzeiro pada Ahad, menurut Xinhua yang dilaporkan Bernama.

“Cruzeiro mengumumkan pada Ahad bahawa Ronaldo Nazario didapati positif Covid-19,” menurut kenyataan kelab bola sepak itu.

“Oleh itu, mustahil beliau menghadiri Belo Horizonte bagi merayakan sambutan itu.”

Acara itu khusus diadakan sempena penampilan umum Ronaldo buat pertama kali setelah beliau membeli Cruzeiro dengan pegangan majoriti bernilai 400 juta reais (sekitar US$70 juta) pada bulan lepas.

Bekas penyerang itu memulakan kariernya di Cruzeiro pada 1993, menjaringkan 56 gol dalam 58 perlawanan di semua pertandingan bagi pasukan Belo Horizonte sebelum berpindah ke PSV Eindhoven pada Julai 1994.

“Ronaldo kesal kerana tidak dapat menyertai aktiviti yang dirancang itu, tetapi kami akan mengumumkan jadual baharu sempena penampilannya di Belo Horizonte,” tambah kenyataan itu.

Ronaldo, yang juga pemilik kelab Sepanyol, Real Valladolid, bersara pada 2011 selepas melakar karier cemerlang dengan Barcelona, ​​Inter Milan dan Real Madrid.

Beliau menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan untuk Brazil dan merupakan ahli pasukan kebangsaan kempen Piala Dunia 1994 dan 2002.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok