Kes Covid-19 di Itali naik semula gara-gara sambut piala EURO 2020

July 18, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Itali melaporkan 3,121 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, berbanding 2,898 kes yang dicatatkan pada Jumaat, yang turut dikaitkan dengan perhimpunan meraikan kejayaan pasukan negara itu memenangi EURO 2020 Ahad minggu lalu.

Pada masa sama England turut melaporkan peningkatan semula kes Covid-19 yang dikaitkan dengan perlawanan akhir yang diadakan di London. Lebih 60,000 penonton dibenar masuk ke Stadium Wembley tanpa mengenakan pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial.

Dalam tempoh 24 jam pada Sabtu Itali turut merekodkan 13 kematian, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu Februari tahun lalu, Itali melaporkan 127,864 kematian – kedua tertinggi selepas Britain dan ke lapan di dunia – serta 4.28 juta kes positif.

Jumlah itu dijangka meningkat selepas 244,797 ujian saringan dilakukan beberapa hari setelah rakyat negara itu keluar meraikan kemenangan pasukan bola mereka mengalahkan England pada perlawanan akhir EURO di Stadium Wembley 11 Julai lalu.

Penyokong Itali memeriahkan malam di Rome tatkala beberapa sekatan Covid-19 ditarik balik sejak musim bunga lalu, namun negara itu kini menimbang untuk mengenakan semula peraturan ketat susulan peningkatan kes yang dikaitkan dengan perhimpunan meraikan kejayaan EURO 2020.

Jumaat lalu Kementerian Kesihatan negara itu berkata kewujudan ‘Kluster 91’ Covid-19 ada kaitan dengan perhimpunan di pusat hiburan, termasuk pub di daerah Monteverde ketika orang ramai menyaksikan suku akhir Itali menumpaskan Belgium dua minggu lalu.

“Mereka yang dijangkiti daripada Kluster 91 itu berusia antara 14 dan 60 tahun dengan purata berumur 21 tahun,” kata kementerian itu sambil menambah 16 lagi kes yang dikaitkan dengan EURO 2020 dikesan di daerah Ostia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok