Kes baharu di Australia turun bawah 100,000

January 16, 2022 · Dunia

Jangkitan harian Covid-19 di Australia hari ini turun di bawah 100,000 buat kali pertama dalam tempoh lima hari, di tengah-tengah jangkaan bahawa gelombang Omicron telah menghampiri kemuncaknya di New South Wales, negeri yang paling teruk dilanda wabak itu.

Sebanyak 85,824 kes dilaporkan menjelang tengah hari tadi, turun daripada jumlah tertinggi yang dicatat iaitu lebih 150,000 pada Khamis.

Pihak berkuasa kesihatan pada Sabtu menjangkakan Australia menghampiri kemuncak wabak terburuknya, tetapi memberi amaran kes akan terus meningkat dalam “beberapa minggu akan datang”.

Selepas berjaya menyekat penyebaran virus lebih awal dalam wabak itu, Australia kini menyaksikan wabak Omicron mengangkat kes positif Covid-19 di negara itu kepada lebih 1.3 juta kes dalam tempoh dua minggu lalu, apabila pihak berkuasa negeri mula melonggarkan sekatan ketat setelah tahap vaksinasi mencecah 70 hingga 80 peratus

Lebih ramai pesakit juga telah dimasukkan ke hospital, berbanding waktu lain ketika wabak itu tetapi pihak berkuasa mengatakan sistem kesihatan dapat mengatasi peningkatan jumlah kes.

Di tengah-tengah lonjakan Omicron, kerajaan mendesak lebih ramai penduduk untuk mendapatkan vaksin, di mana lebih 92 peratus daripada populasi 16 tahun ke atas telah menerima dua dos.

Jumlah kumulatif kes positif di Australia sejak wabak itu bermula kini mencecah 1.5 juta, manakala 2,673 kematian dilaporkan.

New South Wales melaporkan 34,660 jangkitan baharu, manakala negeri jirannya, Victoria mencatatkan 28,128 dan Queensland 17,445 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok