Keberkesanan dua dos AstraZeneca capai 85 hingga 90 peratus: Britain

May 21, 2021 · Dunia

Pihak Berkuasa Kesihatan Awam England (PHE) – agensi eksekutif Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial (DHSC) United Kingdom (UK) – memaklumkan keberkesanan dua dos suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca mencapai 85 hingga 90 peratus.

Secara signifikannya, analisis berkaitan keberkesanan itu adalah berdasarkan kepada data sebenar program vaksinasi UK, dan yang pertama seumpamanya dalam kajian keberkesanan dua dos AstraZeneca secara nyata.

Britain menjadi salah satu negara dengan jumlah kematian terburuk di dunia akibat Covid-19, namun merupakan antara yang terpantas dalam melaksanakan program vaksinasi sehingga mampu menghasilkan banyak data secara nyata mengenai keberkesanan vaksin yang digunakan.

Dalam laporan pengawasan mingguannya, PHE mengatakan anggaran keberkesanan vaksin AstraZeneca untuk melawan virus itu adalah 89 peratus berbanding individu yang tidak divaksin.

“Data baru ini mengetengahkan kesan luar biasa yang dapat dimiliki kedua-dua dos vaksin, dengan dos kedua vaksin Oxford / AstraZeneca memberikan perlindungan sehingga 90 peratus,” kata menteri yang bertanggungjawab terhadap vaksin UK, Nadhim Zahawi.

Britain telah melancarkan program suntikan vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer dan AstraZeneca masing-masing sejak Disember 2020 dan Januari lalu, dan pada April negara itu turut menggunakan vaksin Moderna.

PHE bagaimanapun menjelaskan wujud ‘penurunan kecil keberkesanan vaksin ‘ dalam tempoh 10 minggu setelah dos pertama Pfizer diberikan sebelum suntikan kedua.

Britain memanjangkan tempoh suntikan antara dos hingga 12 minggu, walaupun Pfizer memberi amaran bahawa terdapat kekurangan bukti mengenai keberkesanannya jika suntikan kedua dilakukan selepas tiga minggu.

Minggu lalu, Britain mengurangkan jurang antara dos sehingga lapan minggu bagi individu berusia 50 tahun ke atas, bertujuan memberi perlindungan maksimum kepada orang yang lebih memerlukan, susulan kebimbangan mengenai varian B.1.617.2 yang pertama kali ditemukan di India. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok