Kebakaran kapal bawa ribuan kereta mewah belum dapat dipadam

February 20, 2022 · Dunia

Anggota bomba terus bergelut untuk memadamkan kebakaran sebuah kapal yang membawa beribu-ribu kereta mewah, sejak Rabu lalu, yang hanyut di luar pantai kepulauan Azores di Portugal.

Pegawai pelabuhan bagaimanapun tidak pasti sampai bila kebakaran di atas kapal kargo Felicity Ace itu akan berjaya dipadam.

Kapal yang membawa kira-kira 4,000 kenderaan termasuk Porsches, Audis dan Bentleys, beberapa peralatan elektrik dengan bateri litium-ion, terbakar di tengah Lautan Atlantik pada Rabu.

Semua 22 anak kapal telah dipindahkan pada hari yang sama.

“Usaha untuk memadamkan api perlu dilakukan dengan perlahan,” kata João Mendes Cabeças, kapten pelabuhan terdekat di pulau Faial Azorean, kepada Reuters lewat Sabtu. “Ia akan mengambil sedikit masa.”

Bateri litium-ion dalam kenderaan elektrik di atas kapal menyebabkan api terus hidup, kata Cabeças, sambil menambah bahawa peralatan untuk memadamkannya sedang dalam perjalanan.

Tidak pasti sama ada bateri itu mencetuskan kebakaran.

Volkswagen tidak mengesahkan jumlah keseluruhan kereta berada di atas kapal itu dan masih menunggu maklumat kanjut.

Cabeças sebelum ini berkata api masih jauh dari tangki bahan bakar kapal, namun semakin hampir.

“Api merebak lebih jauh ke bawah,” katanya sambil menjelaskan bahawa pasukan bomba hanya boleh menangani kebakaran dari luar dengan menyejukkan struktur kapal kerana terlalu berbahaya untuk menaikinya.

Mereka juga tidak boleh menggunakan air kerana akan menambah berat pada kapal boleh menjadikannya lebih tidak stabil, dan alat pemadam air tradisional tidak menghalang bateri litium-ion daripada terbakar, kata Cabeças.

Kapal itu akan ditunda ke sebuah negara di Eropah atau ke Bahamas tetapi tidak jelas bila itu akan dilakukan. – Agensi

Kapal Felicity Ace, dalam perjalanan dari Emden di Jerman sebelum ia terbakar di luar pantai kepulauan Azores di Portugal.

Akhbar Jerman Handelsblatt melaporkan kapal itu membawa 3,965 kenderaan, termasuk Audi, Lamborghini dan sebilangan kecil Bentley.

Berita berkaitan
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok