Jordan, Palestin kecam tindakan rejim Zionis ‘rampas’ Masjidil Aqsa

May 11, 2022 · Dunia

Kenyataan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett yang berkata semua keputusan berkaitan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis diputuskan oleh kerajaan Israel tanpa mengira sebarang pertimbangan luaran, mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Jordan dan Palestin.

Kenyataan pada Ahad lalu dilihat sebagai membatalkan Perjanjian Damai Jordan-Israel 1994 yang memberi peranan kepada Amman dalam mengurus dan menyelia kesucian Islam dan Kristian di Baitulmaqdis, termasuk mengurus hal ehwal masjid ketiga suci umat Islam.

Resolusi Liga Bangsa-Bangsa 1930 pula menyatakan bahawa hak milik Masjid Al-Aqsa, Tembok Al-Buraq dan plaza bersebelahan adalah milik umat Islam sahaja.

Sebelum ini, Bennett dilaporkan berkata Israel menolak sebarang campur tangan asing.

Perdana Menteri rejim itu juga menarik balik perjanjian antara Israel dan Jordan mengenai pengurusan perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menghalang pencerobohan oleh peneroka Yahudi di halamannya.

Bennett berkata sebarang keputusan berhubung Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis akan dibuat oleh kerajaan Israel.

Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan mengecam kenyataan Bennett sebagai “tidak bertanggungjawab” dan menyeru Perdana Menteri Israel itu untuk tidak menguji kesabaran dua bilion umat Islam.

Jawatankuasa itu mengecam kenyataan Bennett yang dianggap mahu mencetuskan konflik agama di rantau itu, menyebutnya rampasan kuasa terhadap realiti bersejarah Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis.

Ahli Parlimen Jordan Mohammed Al-Zahrawi menggelar Israel sebagai kuasa penjajah yang mengamalkan keganasan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, dan yang tidak mempunyai legitimasi agama, sejarah atau undang-undang di Baitulmaqdis.

Jawatankuasa Palestin mengulangi penolakan Jordan terhadap pembahagian ruang di Masjid Al-Aqsa, dan menegaskan Baitulmaqdis akan kekal sebagai ibu kota Palestin.

Pegawai Jordan dan Israel telah bersetuju untuk bertemu selepas Ramadan untuk membincangkan peraturan di sekitar Masjid Al-Aqsa, tetapi Awqaf Islam di Baitulmaqdis berkata “tiada perkembangan lanjut berlaku mengenai mesyuarat tersebut.”

Sebagai sebahagian daripada perjanjian damai Israel-Jordan, Amman kekal berperanan ke atas kompleks masjid, dengan setiap pihak menyediakan akses ke tempat-tempat kepentingan keagamaan dan sejarah.

Sementara itu, rakyat Palestin menuntut pihak berkuasa Israel mengalihkan model kuil, yang terletak berhampiran Pintu Mughrabi, di mana ekstremis Yahudi memasuki kawasan itu, atas dasar ia berfungsi sebagai peringatan matlamat mereka untuk menggantikan Kubah Batu.

“Bennett salah, dan terdapat perjanjian antara Israel dan Jordan, yang memberikan Jordan peranan unik di Al-Aqsa,” kata aktivis keamanan Israel terkemuka Gershon Basking.

Baitulmaqdis Timur, dengan tapak suci Islam dan Kristian, adalah ibu kota abadi Negara Palestin selaras dengan resolusi legitimasi antarabangsa, yang terbaru ialah Resolusi No. 2334, yang mengesahkan bahawa Baitulmaqdis Timur adalah sebahagian daripada Palestin, dan semua bentuk penempatan adalah haram.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmood Abbas, Nabil Abu Rudeineh berkata sebarang percubaan Israel untuk menghalalkan pendudukannya ke atas tanah Negara Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah percubaan yang tidak berjaya bertujuan menutup pencapaian Palestin yang dibuat berkat keteguhan dan kepatuhan mereka kepada kesucian Islam dan Kristian.

Beliau menegaskan bahawa “satu-satunya cara untuk mencapai keselamatan, keamanan dan kestabilan di rantau itu dan dunia juga ialah pengiktirafan hak rakyat Palestin dan resolusi legitimasi antarabangsa yang menetapkan penamatan pendudukan dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Abu Rudeineh juga mengulas kenyataan Bennett yang mengatakan Israel menghormati semua agama.

“Kenyataan ini mengelirukan dan tidak betul, seperti yang dibuktikan oleh pencerobohan berterusan ke dalam Masjid Al-Aqsa dan sekatan ke atas jemaah di Gereja Holy Sepulcher semasa cuti baru-baru ini.” – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok