Jerman rekod 164,000 kes harian

January 27, 2022 · Dunia

Jerman pada Rabu melaporkan rekod jangkitan harian baharu Covid-19 apabila mencatat 164,000 kes, ketika Parlimen negara itu bersedia membahaskan cadangan sama ada akan mewajibkan rakyatnya divaksinasi atau tidak.

Sehingga kini, kira-kira 75 peratus daripada populasinya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin – lebih rendah berbanding di negara Eropah barat lain seperti Perancis, Itali atau Sepanyol, di mana angka yang sama adalah 80 peratus, 83 peratus dan 86 peratus.

Cadangan yang akan dibahaskan termasuk mewajibkan semua penduduk dewasa diberi vaksin Covid-19, atau hanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas, atau memerlukan semua individu yang belum divaksinasi untuk menerima kaunseling.

Jerman, pada awal pandemik Covid-19 dilihat berjaya mengekang penularan wabak itu berbanding negara-negara jirannya yang lain dengan melaksanakan langkah pengesanan dan kuarantin.

Tetapi sejak musim panas lalu, sikap ragu-ragu terhadap vaksin dan kemerosotan dalam penyelarasan serantau telah membawa kesan kepada negara itu dan mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai.

Varian Omicron yang sangat menular, khususnya, telah menyebabkan kes meningkat.

Jerman turut memaklumkan sebanyak 166 kematian yang direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di negara itu menigkat kepada 117,126 kes.

Pengerusi Persekutuan Hospital Jerman, Gerald Gass berkata jumlah pesakit Covid-19 di wad biasa telah melonjak tinggi.

Di Rhine Utara-Westphalia, negeri paling ramai penduduk di Jerman, jumlah kes positif meningkat 37 peratus dalam tempoh seminggu.

“Perkembangan ini akan menjejaskan semua negeri persekutuan tidak lama lagi,” kata Gass kepada Reuters, sambil menambah bahawa beliau menyokong vaksinasi wajib sementara penamat kepada wabak itu tidak dapat dilihat.

Tunjuk perasaan dijangka berlaku di hadapan bangunan Parlimen Reichstag sebelum dan ketika perbahasan, dengan kira-kira 1,600 pegawai polis akan dikerahkan ke kawasan itu, lapor penyiar RBB, memetik polis Berlin.

Penentang vaksinasi wajib mengatakan ia melanggar artikel kedua Perlembagaan, yang menjamin kawalan rakyat ke atas badan mereka sendiri. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok