Jepun buat persediaan awal hadapi kenaikan kes Covid-19 musim sejuk

November 15, 2021 · Dunia

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida melaksanakan pelan segera bagi menyediakan katil tambahan dan sumber perubatan untuk menghadapi kemungkinan kenaikan semula jangkitan Covid-19 menjelang musim sejuk ini.

Pada musim panas lalu, gelombang jangkitan kelima merekodkan kes kematian yang tinggi, namun kadar jangkitan dan kematian semakin menurun apabila program vaksinasi kepada populasinya sudah mencecah lebih daripada 70 peratus.

Pada bulan lalu, sekatan keselamatan yang meliputi kebanyakan negara sudah ditarik semula tetapi pakar kesihatan tetap memberi amaran bahawa kenaikan kes mungkin akan berlaku semula seperti yang terjadi di negara itu pada musim sejuk tahun lalu.

Susulan itu, kerajaan Jepun merancang untuk menambah kapasiti katil di hospital sebanyak 30 peratus, serta meningkatkan persediaan di rumah jagaan dan mengumpul data untuk meramalkan di hospital mana yang bakal dipenuhi pesakit.

Jelas Kishida, selaras dengan pengukuhan sistem perubatan di negara itu, penggunaan sistem itu bermula Disember depan, bakal diperkenalkan untuk mengenal pasti bilangan katil dan keadaan di setiap hospital.

Selain itu, Jepun juga sudah membayar hampir AS$1.2 bilion untuk 1.6 juta pil antiviral Covid-19 Molnupiravir yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Merck dan Ridgeback Biotherapeutics.

Manakala, pemberian suntikan dos penggalak bakal diagihkan kepada rakyatnya bermula bulan depan.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan program suntikan di negaranya kepada kanak-kanak berumur seawal lima tahun.

Sebelum ini, Jepun berjaya mengawal pandemik ini dengan lebih baik berbanding negara lain, dengan merekodkan hanya 18,000 kematian dengan tidak mengenakan sekatan yang ketat kepada rakyatnya.

Namun begitu, kerajaan Jepun menghadapi kritikan hebat mengenai kematian pesakit secara mengejut di rumah kerana ketidakupayaan pihak hospital untuk menangani kes semasa musim panas lalu.

September lalu, bekas Perdana Menteri, Yoshihide Suga meletak jawatan susulan kritikan hebat yang dihadapinya dalam mengendalikan krisis tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok