Jakarta beri dos ketiga vaksin Covid-19 kepada kakitangan perubatan

July 31, 2021 · Dunia

Pentadbir Jakarta mula memberi suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 atau penggalak kepada kakitangan kesihatan negara itu, bukan kepada umum atau pihak tertentu.

Jurucakap rasmi pentadbiran Jakarta, Suharti menjelaskan suntikan dos ketiga itu sudah diberikan kepada 3,333 kakitangan perubatan.

“Saya memperoleh data itu daripada laman sesawang Jawatankuasa Mitigasi Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi Negara,” katanya menerusi webinar LRT Jakarta.

Dos ketiga itu membabitkan 46 botol vaksin Sinovac dan 3,287 Moderna. Penerimanya adalah kakitangan perubatan yang bertugas di semua kemudahan kesihatan di sekitar Jakarta.

Terdahulu, tular di laman Twitter mendakwa individu berpengaruh mendapat suntikan penggalak itu. Gambar menunjukkan logo bandar raya Jakarta dan ada tulisan ‘PDPR’ (Dewan Perwakilan Rakyat Daerah).

Pemangku Setiausaha PDPR Jakarta Augustinus bagaimanapun menafikan pemberian suntikan ketiga vaksin dilakukan di bangunan PDPR

Sehingga 29 Julai lalu, kira-kira 7.59 juta penduduk Indonesia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala, 2.68 juta lagi menerima dos kedua.

Negara itu dilaporkan mula memberi dos ketiga kepada kakitangan perubatannya yang telah menerima dua dos vaksin Sinovac sejak 17 Julai lalu.

Indonesia, yang telah mengatasi India sebagai titik panas baharu pandemik Covid-19 di Asia, menyaksikan peningkatan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan – sesetengahnya menyebabkan kematian – walaupun mereka telah diimunisasi sepenuhnya dengan vaksin Sinovac.

Ini memberi tekanan tambahan kepada pihak hospital dan sistem kesihatan negara itu.

Sekurang-kurangnya 1,245 kakitangan perubatan Indonesia dilapor meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 sehingga Selasa lalu, kata data diterbitkan LaporCovid-19.

Menteri Kesihatan Republik Indonesia Budi Gunadi Sadikin pada taklimat kepada media asing memberitahu bahawa pemberian dos ketiga itu telah disetujui oleh Kumpulan Penasihat Teknikal mengenai Imunisasi (ITAGI). – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok