Fat Leonard ditangkap di Venezuela

September 22, 2022 · Dunia

Bekas ahli perniagaan Malaysia yang disabitkan bersalah dalam salah satu skandal rasuah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), telah ditahan pihak berkuasa Venezuela selepas melarikan diri dari tahanan rumah di AS lebih dua minggu lalu, lapor NBC News.

Laporan itu menyatakan Leonard Glenn Francis, juga dikenali sebagai Fat Leonard, telah ditangkap semalam selepas pihak berkuasa Venezuela dimaklumkan oleh Interpol bahawa dia sedang diburu.

Francis ditahan oleh pihak berkuasa Venezuela ketika dia menaiki pesawat untuk ke negara lain, kata jurucakap Perkhidmatan Marshal AS. Dia akan kekal dalam tahanan Venezuela sementara marshal AS dan pihak berkuasa Persekutuan lain menyelesaikan butiran ekstradisinya.

Jumaat lalu, Kerajaan AS sebelum ini menawarkan ganjaran AS$40,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan kontraktor pertahanan Malaysia itu.

Francis memotong gelang pemantauan buku lalinya sekitar jam 7.35 pagi Ahad di rumahnya di San Diego, AS, tempat dia ditahan, menurut Perkhidmatan Marshal AS.

Jirannya melaporkan mereka melihat trak U-Haul datang dan pergi dari rumah itu beberapa hari sebelum dia hilang. – NBC

Francis telah ditangkap pada 2013. Dia mengaku bersalah menawarkan rasuah $500,000 kepada pegawai Tentera Laut, yang sebagai pertukaran berkongsi maklumat sulit dengannya dan mengalihkan kapal tentera ke pelabuhan yang akan memberi manfaat kepada syarikat servis kapalnya yang berpangkalan di Singapura.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok