Empat nelayan Indonesia ceroboh perairan Malaysia hilang selepas bot karam

July 14, 2022 · Dunia

Empat nelayan Indonesia hilang manakala seorang berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan selepas bot yang dinaiki lima warga asing itu dipercayai karam dalam kejadian semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu kira-kira pukul 12.25 tengah hari semalam dan terus mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) bagi mengesan empat nelayan tersebut, lapor Bernama.

“Kami menerima maklumat daripada pemilik sebuah bot nelayan tempatan yang memaklumkan bahawa mereka menemui seorang lelaki terapung di kedudukan lebih kurang 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi, Balik Pulau dekat sini pada 12.25 tengah hari semalam.

“Sebaik menerima maklumat itu, bot Kilat 26 Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mangsa iaitu seorang lelaki Indonesia di perairan Gertak Sanggul seterusnya melakukan pencarian awal bagi mengesan rakan-rakannya yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan dan temu bual awal ke atas lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Aswin, 43, itu, mangsa memaklumkan bahawa dia dan empat lagi nelayan berusia 30 hingga 55 tahun telah keluar menangkap ikan di laut dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia dan berada di laut hampir lima hari sebelum bot mereka bocor dan karam.

Bagaimanapun, Abd Razak berkata lelaki itu tidak dapat mengenal pasti lokasi tempat bot tersebut karam kerana mangsa dihanyutkan ombak sebelum ditemukan nelayan tempatan di sini.

“Menurut mangsa lagi, dia dan rakan-rakannya sempat memakai jaket keselamatan sebelum masing-masing hanyut terpisah antara satu sama lain dalam keadaan laut yang bergelora dan angin kencang.

“Lelaki itu berada di dalam keadaan baik dan sihat sekarang ini, setakat ini tiada dokumen perjalanan diri ditemui bersamanya,” katanya.

Menurutnya operasi pencarian yang masuk hari kedua hari ini sedang giat dijalankan membabitkan keluasan 42 batu nautika persegi dengan aset Maritim.

“Setakat ini lokasi bot nelayan yang disyaki karam itu tidak dapat dikenal pasti dan dipercayai berada di tengah laut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan segera ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani
May 13, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok