Dunia bakal hadapi kekurangan 20 bilion picagari tahun depan

November 10, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran negara dunia mungkin akan menghadapi masalah kekurangan satu bilion hingga dua bilion picagari yang diperlukan untuk suntikan vaksin Covid-19 mulai tahun depan.

Menurut pakar WHO, Lisa Hedman masalah tersebut akan memberi kesan kepada rutin imunisasi dan bakal menjejaskan keselamatan alatan yang digunakan.

Jelasnya, pihak berkuasa kesihatan di seluruh negara perlu merancang keperluan peralatan itu dengan lebih awal untuk mengelakkan terjadinya timbunan, pembelian panik dan keadaan yang dilihat ketika awal pandemik dengan kekurangan alat peralatan perlindungan diri (PPE).

Hedman menjelaskan kekurangan jarum suntikan dapat membawa kepada kelambatan kelangsungan program imunisasi serta kebimbangan keselamatan terhadap populasi dunia serta dapat menyebabkan kelewatan dalam rutin vaksinasi wajib melibatkan kanak-kanak dan perkhidmatan kesihatan lain.

Selain itu, Hedman menyatakan kekurangan picagari secara global juga mampu memberikan masalah penggunaan semula picagari dan jarum yang tidak selamat di negara-negara miskin.

Sehingga kini, hampir 6.8 bilion vaksin Covid-19 sudah diagihkan di seluruh dunia, lebih dua kali ganda jumlah vaksin rutin, berbanding angka kapasiti pengeluaran picagari kira-kira enam bilion untuk imunisasi setahun.

Ini menunjukkan, kebanyakan negara dunia bakal menghadapi kekurangan sehingga dua bilion picagari bermula tahun depan, melainkan sekiranya terdapat lebih banyak kilang yang mengeluarkan pengeluaran tambahan dan menghasilkan jenis peranti lain sesuai untuk pemberian dos vaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok