Dua didakwa militan maut berbalas tembakan di Selatan Thailand

January 21, 2022 · Dunia

Dua lelaki yang didakwa sebagai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota tentera di Sai Buri, Pattani, Selatan Thailand, semalam.

Kedua-duanya Marwan Ahmed dan Sally Abdul Lo dilaporkan terbunuh setelah bertempur dengan pasukan keselamatan Thailand di sebuah rumah di kampung Lahat di daerah Sai Buri.

Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kolonel Polis Kiattisak Neewong berkata kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun itu ditemui maut di tempat kejadian.

Dalam insiden jam 6.30 pagi waktu tempatan, beliau berkata pasukan keselamatan telah mengepong sebuah rumah di Lahat, Sai Buri selepas menerima maklumat bahawa dua anggota militan bersembunyi di rumah itu.

Menurutnya kira-kira jam 10 pagi, pasukan keselamatan bersama ketua kampung dan imam telah ke rumah itu untuk menasihatkan anggota militan supaya menyerah.

Pemilik rumah dan keluarganya dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke arah anggota keselamatan.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki terbabit yang mempunyai waran tangkap enggan menyerah diri sebaliknya keluar dari rumah itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

Insiden berbalas tembakan, berlanjutan kira-kira 10 minit, katanya.

“Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui mayat mangsa di tempat kejadian. Selain itu, pasukan keselamatan turut menemui dua laras senjata api dipercayai miliki suspek,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
TMJ kongsi cerita saat insiden tembakan berlaku di Bangkok
October 4, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok