Dos penggalak Pfizer pulih keberkesanan sehingga 95.6 peratus: Kajian

October 22, 2021 · Dunia

Dos penggalak vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer dan syarikat Jerman BioNTech memulihkan keberkesanan sehingga 95.6 peratus terhadap virus, termasuk varian Delta, kata syarikat itu yang mengeluarkan data kajian terbaharu pada Khamis.

Syarikat itu berkata kajian yang belum disemak oleh pakar luar dilakukan ke atas 10,000 peserta berumur 16 tahun ke atas dan menunjukkan suntikan penggalak Pfizer menawarkan profil yang selamat.

Keputusan kajian itu diterbitkan selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) membenarkan vaksin Moderna dan Johnson & Johnson (J&J) digunakan sebagai dos penggalak, sekali gus membolehkan rakyat Amerika memilih jenis dos ketiga yang mereka kehendaki.

FDA sebelum ini meluluskan dos penggalak Pfizer/BioNTech disuntik selepas enam bulan dos kedua bagi meningkatkan perlindungan individu berumur 65 tahun dan ke atas, mereka yang berdepan risiko jangkitan teruk dan petugas barisan hadapan.

Profesor di Sekolah Perubatan Pittsburgh, Dr Walid Gellad ketika mengulas perkara itu berkata ada manfaat untuk mendapatkan dos ketiga duntuk individu yang menunjukkan gejala Covid-19 ketika gelombang Delta menular.

“Saya cuma ingin tahu jika dos penggalak ini hanya kepada orang yang jauh lebih tua. Kerana apa yang kita tidak ingin berlaku ialah kehabisan vaksin, dengan memberi dos penggalak kepada individu berusia 25 tahun yang telah dijangkiti Covid sebelum ini dan telah menerima dua suntikan, hanya berdasarkan kenyataan media,” katanya.

Pfizer sebelum ini berkata keberkesanan dua suntikan vaksinnya turun dari semasa ke semasa, memetik kajian yang menunjukkan keberkesanan 84 peratus dari kemuncak 96 peratus empat bulan selepas dos kedua, menyebabkan beberapa negara telah mula memberi dos penggalak.

Syarikat pengeluar ubat-ubatan itu berkata mereka akan menyerahkan keputusan lengkap kajian kepada FDA, Agensi Perubatan Eropah dan beberapa agensi pengawalan lain secepat mungkin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok