Britain rekod 37,578 kes baharu Covid-19, 120 pesakit meninggal

September 5, 2021 · Dunia

Seramai 37,578 individu di Britain disahkan positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara maju itu meningkat kepada hampir 7 juta, menurut data yang dikeluarkan pada Sabtu.

Negara itu turut melaporkan 120 pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia, menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu meningkat kepada 133,161 kes.

Data terbaharu itu hadir tatkala badan penasihat vaksinasi Britain tidak mencadangkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia di antara 12 dan 15 tahun adalah tidak dicadangkan.

Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) memberikan penilaian, dengan mengatakan bahawa suntikan vaksin tidak boleh disyorkan kepada mereka yang berada dalam kelompok usia ini dengan alasan kesihatan.

Bagaimanapun, badan tersebut telah menasihati kerajaan untuk melihat ‘masalah yang lebih luas’ termasuk kesan virus dalam persekitaran sekolah.

Keputusan itu berdasarkan kepada kebimbangan mengenai kesan sampingan vaksin Pfizer yang sangat jarang berlaku yang menyebabkan radang jantung, menurut BBC.

Keputusan terakhir itu dijangka ditandatangani ketua pegawai perubatan keempat-empat negara Britain – England, Wales, Scotland dan Ireland Utara – minggu depan, menurut Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial (DHSC).

“Kes Covid-19 cenderung untuk meningkat apabila sekolah mula dibuka kerana pelajar masih belum divaksinasi dan sekolah berkepadatan tinggi, persekitaran hubungan juga tinggi, dengan pengudaraan yang agak buruk,” kata Julian Tang, profesor bersekutu University Leicester.

Katanya risiko penularan dapat dikurangkan secara prinsipnya jika program vaksinasi diperluas kepada pelajar sekolah, meningkatkan sistem pengudaraan di dalam kelas, mengurangkan jumlah pelajar dalam kelas dan pemakaian pelitup muka.

“Namun, langkah itu mungkin secara praktikalnya tidak boleh diterima oleh sebilangan besar ibu bapa dan guru,” kata ahli virologi itu.

Setakat ini, lebih 88 peratus daripada individu berusia 16 tahun ke atas di Britain telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala hampir 80 peratus lagi melengkapkan dos kedua. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok