Berlian 1,098 karat, ketiga terbesar di dunia ditemukan di Botswana

June 18, 2021 · Dunia

Sebuah syarikat perlombongan permata di Botswana menemukan seketul berlian yang dipercayai ketiga terbesar di dunia dengan 1,098 karat.

Berlian itu ditemukan pada awal bulan ini di lombong Jwaneng, kira-kira 75 batu dari ibu negara itu, Gaborone, dan ditunjukkan kepada Presiden Botswana Mokgweetsi Masisi pada Rabu.

Lombong berkenaan dikendalikan oleh Debswana, sebuah syarikat berlian yang dimiliki bersama oleh kerajaan Botswana dan De Beers Group, menurut laman web rasminya.

“Hasil daripada berlian itu akan digunakan untuk pembangunan negara ini.

“Debswana perlu menggunakan penemuan terbaru ini sebagai titik perubahan, untuk lombongnya menggunakan teknologi terkini bagi merealisasikan lebih banyak penemuan besar,” kata kerajaan Botswana dalam akaun Twitter rasminya.

Dibuka secara rasmi pada tahun 1982, lombong Jwaneng biasanya menghasilkan antara 12.5 juta hingga 15 juta karat berlian setahun, menurut Debswana.

Penemuan bulan ini adalah permata terbesar yang digali oleh syarikat itu sejak berlian pertama kali ditemukan di Botswana pada tahun 1967, kata pemerintah.

Pada masa ini, berlian terbesar yang pernah direkodkan adalah Cullinan 3,106 karat, yang dijumpai di Afrika Selatan pada tahun 1905. Cullinan kemudian dipotong menjadi lebih kecil dan beberapa di antaranya merupakan bahagian daripada permata pada mahkota keluarga diraja Britain.

Penemuan dipercayai yang kedua terbesar adalah Lesedi La Rona, 1,109 karat yang dijumpai oleh syarikat Kanada Lucara Diamond di lombong Karowe, juga di Botswana, pada tahun 2015. Berlian itu dijual kepada peniaga barang kemas, Graff dengan harga AS$53 juta dua tahun kemudian. – Agensi

Berita berkaitan
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022· Dunia
Rosmah tarik balik tuntutan gelang berlian, Najib kekal tuntut 7 jam
June 8, 2022· Isu semasa
Rosmah nafi miliki kalung berlian merah jambu AS$23 juta
March 25, 2022· Isu semasa
Juri Mahkamah Persekutuan AS lihat resit Rosmah beli berlian AS$23 juta
March 24, 2022· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok