Rosmah tarik balik tuntutan gelang berlian, Najib kekal tuntut 7 jam

June 8, 2022 · Isu semasa

Tuntutan seutas gelang berlian emas putih bernilai AS$220,500 yang sebelum ini dibuat Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik, menurut peguam mewakili isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Hanya Rosmah menarik balik tuntutan, sementara suami tercintanya, Najib masih meneruskan tuntutan tujuh jam tangan masing-masing disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Memetik laporan BH, keputusan menarik balik tuntutan itu disahkan peguam kedua-dua pasangan itu, Azamuddin Abd Aziz serta Syazwani Mohd Zawawi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Peguam syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan iaitu Datuk David Gurupatham yang turut menuntut gelang berlian berkenaan berkata, penarikan tuntutan oleh Rosmah akan menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Gelang emas dan jam tangan itu antara barang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 25 Mei lalu, media melaporkan Rosmah dan Global Royalty menuntut gelang berlian itu, manakala Najib menuntut tujuh jam tangan masing-masing disimpan di bilik kebal BNM.

Pada 25 Julai 2020, Najib dan Rosmah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Sementara itu, Syazwani berkata, pihaknya menghantar surat representasi kepada pihak pendakwaan pada 26 Mei lalu dan masih belum menerima maklum balas.

“Ia berhubung jam tangan itu dan kita memohon mahkamah rekodkan perkara berkenaan,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin mengesahkan sudah menerima dan sedang mengkaji surat itu, selain akan memaklumkan kepada mahkamah jika mempunyai perkembangan terkini.

“Kami juga memohon untuk meminda notis usul berkaitan pelucuthakan harta iaitu 2,436 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang disita di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.

“Pihak pendakwaan percaya pindaan notis usul tidak memprejudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan keperluan undang-undang,” katanya.

Hakim membenarkan permohonan itu dan menetapkan 26 serta 27 September ini bagi pendengaran pelucuthakan harta berkenaan.

Berita berkaitan
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Kes Muhyiddin tak sama dengan Najib duit masuk akaun sendiri: Wan Fayhsal
March 11, 2023· Politik
Lebih 70 peratus dana 1MDB sudah dikembalikan kata SPRM
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
53 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
1 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
1 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok