
Susilo Bambang Yudhoyono.
Bekas Presiden keenam Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sedang menjalani rawatan di luar negara selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Menurut pegawai peribadinya, Ossy Dermawan memaklumkan kanser prostat yang dihidapinya masih berada di tahap awal.
“Memang benar, Susilo Bambang Yudhoyono sedang menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan di luar negara. Beliau disahkan mengalami kanser prostat,” jelasnya.
Ossy memberitahu, beliau perlu mendapatkan rawatan di luar negara berdasarkan hasil konsultasi bersama beberapa pasukan doktor dari republik itu.