Australia lulus penggunaan pas digital status vaksinasi pelancong

September 14, 2021 · Dunia

Kerajaan Australia meluluskan penggunaan pas digital kepada pelancong asing sebagai bukti status vaksinasi masing-masing ketika mengunjungi negara itu, selaras dengan pembukaan semula sekatan pembatasan antarabangsa.

Sehubungan itu, Kerajaan Australia telah memberikan tender kepada Accenture untuk menguruskan pas digital yang akan menggantikan borang perisytiharan perjalanan Covid-19 semasa dan kad kemasukkan penumpang dari luar negara.

“Sejajar dengan tindakan itu, ia akan membantu pembukaan semula sempadan antarabangsa negara ini dengan lebih selamat,” kata Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews dalam satu kenyataan.

“Ini akan membantu kita untuk menambah lagi penduduk Australia, dengan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar negara, pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran di sini, pekerja mahir dan keluarga serta rakan kita yang berada di luar negara yang ingin datang melawat kita, setelah hampir dua tahun tidak berjumpa kerana wabak ini.” jelasnya.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu-satunya kelompok negara yang menggunakan pasport vaksin secara meluas.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang mewakili 300 syarikat penerbangan di seluruh dunia pada bulan lalu, telah mendesak negara-negara di seluruh dunia untuk menerima pakai cara penggunaan Sijil Digital Covid EU sebagai contoh standard global yang digunakan untuk pensijilan vaksin.

Qantas Airways, syarikat penerbangan nasional Australia, sebelum ini menetapkan syarat hanya penumpang yang telah divaksin sepenuhnya sahaja akan dibenarkan menaiki pesawat mereka ke luar negara.

Sejak Mac tahun lalu, kebanyakan sempadan antarabangsa Australia ditutup kepada bukan rakyatnya untuk mengawal penularan Covid-19. Rakyat negara itu yang berada di luar negara dan mahu pulang pula perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel yang disediakan.

Kerajaan Australia memaklumkan pembukaan semula sempadan antarabangsanya bertujuan meningkatkan perjalanan keluar masuk ke negara itu apabila 80 peratus daripada populasi dewasanya melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Sehingga kini hanya terdapat sekitar 34 peratus daripada jumlah itu, menurut data vaksin Bloomberg.

Hampir separuh daripada 25 juta rakyatnya, termasuk di Sydney, Melbourne dan beberapa bandar besar lain telah menjalani perintah berkurung sejak berbulan lalu dalam usaha negara itu mengekang penularan dan jangkitan Covid-19.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga turut melaksanakan rancangan untuk memberikan 417,000 dos vaksin tambahan selama tiga minggu akan datang kepada penduduk di utara dan barat Melbourne kerana di kawasan itu teruk terjejas akibat jangkitan Covid-19.

Sementara itu, negeri Victoria hari ini melaporkan penurunan jangkitan baharu Covid-19 susulan perlaksanaan program vaksinasi yang telah diperluaskan ke bandar Melbourne, di mana ia merupakan bandar yang teruk terjejas kerana jangkitan itu.

Terdapat 445 kes baharu jangkitan tempatan yang dikesan dalam tempoh 24 jam lalu serta dua kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok