Australia buka semula sempadan pendidikan, pekerja mahir

November 22, 2021 · Dunia

Australia akan membuka semula sempadannya kepada semua sektor dengan membenarkan kemasukan pelajar asing dan pekerja mahir serta akan melonggarkan beberapa sekatan perjalanan Covid-19 yang paling ketat di dunia, mulai bulan depan.

Selepas hampir 20 bulan Australia menutup pintu sempadannya, beberapa pemegang visa serta warga Jepun dan Korea Selatan sudah boleh berkunjung ke negara itu mulai 1 Disember ini.

Sebagai permulaan, sekumpulan pelajar akan kembali ke beberapa universiti di Sydney dengan menaiki penerbangan sewa pada 6 Disember ini dalam usaha negara itu untuk memulihkan semula sektor pendidikan antarabangsanya.

Penerbangan itu akan membawa 250 pelajar dari 15 negara, termasuk Kanada, China, Indonesia, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam. Bagaimanapun, semua pelajar itu wajib melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum dibenar memasuki semula Australia tanpa dikenakan kuarantin.

Penerbangan kedua akan menyusul pada 24 Disember membawa pelajar dari India dan bahagian lain di Asia Selatan. Selepas itu, penerbangan lanjut dijangka tiba setiap dua minggu.

Selain New South Wales, negeri seperti Victoria, Queensland dan Australia Selatan turut bersiap sedia untuk membenarkan pelajar antarabangsa kembali ke universiti masing-masing.

Victoria dilaporkan akan membenarkan pelajar antarabangsa kembali pada akhir Disember dengan kira-kira 120 pelajar seminggu, bermula dengan mereka yang perlu melakukan tugas amali, seperti pelajar perubatan, dan penyelidik pasca siswazah.

Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews memaklumkan Australia akan kembali dibuka kepada dunia dan ini merupakan satu tindakan ke hadapan bagi negara ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Scott Morrison sudah menarik balik sekatan ke atas warganya untuk melancong ke luar negara sehingga mengakibatkan kebanjiran tempahan perjalanan pada musim panas.

Selain itu, Morrison juga enggan melonggarkan peraturan perjalanan untuk bukan warganegara Australia menyebabkan lebih 1.4 juta pemegang visa mahir terkandas, selain kumpulan perniagaan turut berunding agar pemegang visa yang lengkap divaksin untuk dibenarkan pulang, manakala sektor pendidikan di universiti turut terkesan.

Menurut kumpulan universiti di Australia, hampir 130,000 pelajar antarabangsa kekal di luar negara dan mereka bimbang sekiranya pelajar Asia memilih untuk menyambung belajar secara peribadi di Amerika Syarikat atau Eropah daripada membayar kursus dalam talian yang berpangkalan di Australia.

Sehingga kini, masih tiada maklumat tepat mengenai bila pelancong asing boleh kembali ke Australia, di mana kini ia sudah menjejaskan sektor pelancongan negara berkenaan sejak sempadan negaranya ditutup pada Mac tahun lalu. – Agensi

Australia akan membenarkan kemasukan semula pelajar asing dan pekerja mahir mulai 1 Disember ini. – Gambar AFP

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok