Arab Saudi izin buka kedai ketika solat lima waktu

July 17, 2021 · Dunia

Arab Saudi hari ini secara rasmi membenarkan perniagaan beroperasi ketika waktu solat lima waktu, sekali gus memansuhkan larangan 40 tahun yang dikenakan sebelum ini.

Premis dan aktiviti komersial dan ekonomi lain akan kekal dibuka sepanjang waktu bekerja, khususnya ketika waktu solat.

Kebenaran itu diberi sesuai dengan langkah berjaga-jaga bagi menghalang penularan wabak Covid-19, untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pembeli dan pelanggan dan untuk menghalang orang ramai daripada beratur panjang ketika tempoh masa penutupan untuk solat, kata Persekutuan Dewan Saudi

Kebenaran itu membolehkan peniaga kekal membuka dan terlibat dalam kegiatan komersial dan ekonomi sepanjang waktu kerja, dengan cara yang membolehkan pekerja, pembeli, dan pelanggan menunaikan solat.

Keputusan itu sekali gus menamatkan larangan membuka perniagaan keyika waktu solat lima waktu yang telah dikuatkuasakan sejak 40 tahun lalu.

Langkah itu adalah yang terbaru dalam rangkaian reformasi ekonomi, politik, budaya, dan sosial yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertujuan memodenkan Arab Saudi.

Agenda Wawasan 2030 diperkenalkannya bertujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan tidak hanya bergantung kepada minyak semata-mata dilihat menarik minat pelabur asing. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok