2,000 lebih kematian Covid-19 direkodkan di Britain dalam seminggu

Kematian akibat jangkitan Covid-19 di Britain semakin meningkat berikutan kelonggaran dan langkah pembatalan sekatan yang dilaksanakan kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson.

Pada minggu lalu, hampir 2,000 orang meninggal dunia di Britain akibat Covid-19, kes kematian mencecah paras tertinggi sejak kemuncak wabak itu pada Januari dan Februari 2021.

Jumlah kes kematian pada 2021 majoritinya disebabkan vaksin belum lagi tersedia secara meluas untuk diberi kepada orang ramai.

Pada Rabu, 651 orang dilaporkan mati, jumlah tertinggi sejak 17 Februari 2021.

Sementara itu, pada Khamis sebanyak 1,984 kes kematian direkodkan yang meningkat sebanyak 665 kematian berbanding minggu sebelumnya, atau 50.4 peratus.

Media tempatan, The Daily Mail menyifatkan jumlah 651 kematian “secara amnya adalah sangat tinggi kerana ia meliputi beberapa kes yang sepatutnya dikira semalam”.

Bagaimanapun, sehari sebelumnya menyaksikan 288 kematian lagi direkodkan, menjadikannya 939 kematian sepanjang kedua-dua hari tersebut walaupun data dibahagikan secara purata.

Kemudiaan, ratusan lagi kes kematian direkodkan, terbaharu 350 kes diumumkan pada Khamis.

Peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di Britain adalah sebahagian daripada jumlah kematian yang berterusan di seluruh Eropah dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana sekatan perjalanan sudah ditarik balik.

Lebih 10,000 kematian sudah direkodkan di seluruh benua pada setiap dua minggu terakhir.

Jika diambil tempoh lebih setahun, ia bakal menambah lebih setengah juta lagi kematian di Eropah, dengan mengandaikan kadar kematian kekal seperti sedia ada, dan menjadikan jumlah kematian rasmi sekitar 2.3 juta orang.

Semasa UK merekodkan 651 kes kematian, Jerman merekodkan 307; Rusia 267; Itali 155 dan Perancis 152.

Sementara di Sepanyol, ketika penduduknya sudah lebih 103,000 mati, pihak berkuasa negara itu tidak mengumumkan kes kematian tersebut.

Media juga tidak melaporkan peningkatan yang mengejutkan dalam kes kematian di UK, atau mungkin menurunkannya dalam laporan kecil.

BERITA BERKAIT
POPULAR