Selangor melonjak tinggi kepada 8,377 kes

August 4, 2021 · Isu semasa

Negara hari ini merekodkan jangkitan tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda awal tahun lalu apabila mencatatkan 19,819 kes menjadikan keseluruhan kumulatif kepada 1,183,110 kes.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, lapan negeri merekodkan peningkatan kes iaitu Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, Perlis dan Terengganu.

Selangor mencatatkan lonjakan tertinggi apabila merekodkan 8,377 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, berbanding 5,836 kes yang dilaporkan semalam.

Jumlah jangkitan di Kelantan juga kini melepasi 1,000 kes apabila dalam tempoh itu turut mencatatkan 1,003 kes berbanding 915 kes semalam, sementara kes di Kedah melonjak kepada 1,371 kes berbanding 1,036 jangkitan semalam.

Kuala Lumpur turut mencatatkan lonjakan apabila merekodkan 2,467 kes berbanding 2,309 jangkitan semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok