Iran puji program imunisasi Malaysia, tiada diskriminasi

August 3, 2021 · Isu semasa

Republik Islam Iran memuji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menurutnya dilaksanakan tanpa mendiskriminasikan mana-mana pihak termasuk rakyat asing yang berada di Malaysia.

Pujian itu disampaikan menerusi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur sambil berterima kasih kepada kerajaan atas kerjasama dan bantuan penuh memberi vaksin kepada rakyatnya di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini Kedutaan Iran berkata Malaysia melancarkan PICK pada saat kritikal dengan langkah-langkah diperlukan sehingga berjaya memberi suntikan lebih 20 juta dos dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

“Rekod pemberian vaksin harian tertinggi melebihi 500,000 dos juga menjadi kejayaan luar biasa dan mengagumkan dunia.

“Malaysia menerusi inisiatif PICK memasukkan semua rakyat asing dan tiada pengecualian yang dibuat oleh pegawai kesihatan. Langkah dan inisiatif itu sangat konstruktif tanpa wujud sebarang diskriminasi,” katanya.

Iran berkata penyelarasan antara Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Tekonologi dan Inovasi serta komuniti diplomatik di Kuala Lumpur, membolehkan vaksinasi terhadap semua kakitangan dan diplomat dijalankan.

Kedutaan Iran berterima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak berkuasa sehingga kebanyakan rakyatnya yang tinggal di Malaysia turut menerima manfaat, hingga tersenarai sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Sebilangan mereka telah menerima dos pertama dan kedua, menerusi penyelarasan kedutaan. Tidak dinafikan kerajaan Malaysia harus dipuji dalam penyelarasan adil ini dan semua masyarakat dilindungi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
7 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok